SJ-11-0227 : Wang Pendahuluan Dalam Tempahan, Bolehkah?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0227 : Wang Pendahuluan Dalam Tempahan, Bolehkah?

Salam...
soalan saya ialah :

seorang pelanggan membuat tempahan perkhidmatan dari sebuah syarikat. Tempahan tersebut dikenakan deposit RM200 dan bayaran sepenuhnya pada hari perkhidmatan diberikan oleh syrkt tersebut.
Mengikut syarat daripd syarikat itu, jika pelanggan membatalkan tempahan apabila membuat tempahan (sudah bayar rm200)...maka deposit tidak akan dipulangkan (burn) atau hanya separuh sahaja akan dipulangkan..
sedangkan jika deposit dipulangkan semuanya, ia tidak merugikan syarikat walau sedikitpun.

daripada situasi perniagaan diatas, adakah syarat ini berunsur riba atau apa2 yg dilarang oleh Islam?

SJ-11-0227 : Wang Pendahuluan Dalam Tempahan, Bolehkah?

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇ ÃãÇ ÈÚÏ

Persoalan ini merujuk kepada hukum 'bai al-Urbun' adakah dibenarkan oleh syarak atau tidak. Maksud bai al-Urbun ialah: Bayaran pendahuluan yang dikenakan oleh penjual kepada pembeli, di mana jika pembeli membatalkan akad jual beli itu, maka bayaran itu menjadi hak penjual, tidak dikembalikan kepada pembeli.

Hukum mensyaratkan bayaran seperti ini diperselisihkan ulama. Ada yang melarangnya berdasarkan satu hadis yang melarangnya. Cuma ada pertikaian terhadap hadis tersebut. Dan ada ulama mengharuskannya berdasarkan atsar Umar bin Al-Khattab.

Dan pendapat yang mengharuskannya telah difatwakan juga oleh Lajnah Daemah, KSA (no: 19637), dan dipilih dalam ketetapan Majmak Feqah Islami (Qararat Majmak Feqah Islami m/s: 165).

Lanjutan fatwa keharusan urusniaga seperti ini dalam jual beli, di dalam urusniaga perkhidmatan juga dibenarkan dikenakan pendahuluan (Urbun), kerana ia adalah urusniaga jual beli manfaat (ijarah). (Majalah Majmak Feqah Islamiy Bil: 8, Jil: 1 m/s: 641).

Wallahu A'lam.