alhamdulillah, kami akan cuba menjawab persoalan sdr anakmurid dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Hukum mengadakan hubungan intim dengan isteri semasa haid adalah sama bagi wanita yang menghadapi nifas. Berkata Ibn Qudaamah didalam membicarakan bab hubungan intim suami-isteri semasa wanita didalam haid : "dan Nifaas adalah sama dengan Haid didalam keadaan ini" (æÇáäÝÓÇÁ ßÇáÍÇÆÖ Ýí åÐÇ) - [Al-Mughni 1/419].
Hubungan suami dengan isteri boleh dengan apa cara selain dari bersetubuh, kerana Nabi saw telah ditanya mengenai hubungan intim suami dengan isteri yang sedang haid, sabda baginda :
"Lakukan apa sahaja selain dari bersetubuh" (ÇÕúäóÚõæÇ ßõáøó ÔóíúÁò ÅöáÇ ÇáäøößóÇÍó ), hadith diriwayat Muslim #302.
Dinyatakan didalam Lembaga Fatwa dan Penyelidikan Arab Saudi:-
"Adalah haram keatas suami menyetubuhi isterinya di farajnya sedangkan dia didalam keadaan haid, akan tetapi diboleh intim dengan isterinya dibahagian lain" - [Fatawa Al-Lajnah al-Daa’imah, 5/395].
Adalah baik bagi suaminya, jika ia ingin bermesra dengan isterinya semasa didalam haid, memberitahunya supaya memakai sesuatu yang menutupi antara pusat dan lutut, sebagaimana sabda Nabi saw bahawa A'isyah ra. berkata
"Adalah salah seorang dari kami yang datang haid dan Rasulullah saw ingin bermesra dengannya, baginda memberitahu agar memakai Izaar (balutan di pinggang) semasa kemuncak haid, kemudian dia bermesa dengannya" - [Hadith riwayat Al-Bukhaari #302, Muslim #2293].
Mengenai persoalan isteri mengeluarkan mani si-suami ketika didalam keadaan nifaas, Syiekh Salih Al-Munajjid mengatakan :
"Bukanlah Al-Istimnaa' (masturbate) dengan tangan isteri hukumnya haram, bahkan halal kerana sesungguhnya al-Istimnaa' dengan isteri adalah sebahagian dengan keseronokan sebagaimana firman Allah swt : 'Dan mereka yang menjaga kehormatannya.Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. '-[surah Mu'minun : 5-6].". WA.
wassalam.
--------------------------- Rujukan :
1 Fatawa Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 5. cetakan ke 3. Riyad : dar Al-Mua'yad, 2000.
wa'alaikumussalam
alhamdulillah, kami akan cuba menjawab persoalan sdr anakmurid dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Hukum mengadakan hubungan intim dengan isteri semasa haid adalah sama bagi wanita yang menghadapi nifas. Berkata Ibn Qudaamah didalam membicarakan bab hubungan intim suami-isteri semasa wanita didalam haid : "dan Nifaas adalah sama dengan Haid didalam keadaan ini" (æÇáäÝÓÇÁ ßÇáÍÇÆÖ Ýí åÐÇ) - [Al-Mughni 1/419].
Hubungan suami dengan isteri boleh dengan apa cara selain dari bersetubuh, kerana Nabi saw telah ditanya mengenai hubungan intim suami dengan isteri yang sedang haid, sabda baginda :
"Lakukan apa sahaja selain dari bersetubuh" (ÇÕúäóÚõæÇ ßõáøó ÔóíúÁò ÅöáÇ ÇáäøößóÇÍó ), hadith diriwayat Muslim #302.
Dinyatakan didalam Lembaga Fatwa dan Penyelidikan Arab Saudi:-
Adalah baik bagi suaminya, jika ia ingin bermesra dengan isterinya semasa didalam haid, memberitahunya supaya memakai sesuatu yang menutupi antara pusat dan lutut, sebagaimana sabda Nabi saw bahawa A'isyah ra. berkata
Mengenai persoalan isteri mengeluarkan mani si-suami ketika didalam keadaan nifaas, Syiekh Salih Al-Munajjid mengatakan :
wassalam.
---------------------------
Rujukan :
1 Fatawa Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 5. cetakan ke 3. Riyad : dar Al-Mua'yad, 2000.
2. Syiekh Muhammad Salih Al-Munajjid. ÇáÇÓÊãäÇÁ ÈíÏ ÇáÒæÌÉ. url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=826&dgn=4&dgn=2
خيرالأمين