:salam
mula-mula tadi silap masuk Forum. sini agaknya forum sebenar, semoga dapat nasihat dan petunjuk di sini.
sebenarnya saya nak bertanya masalah yg dilakukan oleh teman rapat saya.Kawan saya ni seorang wanita yang dah bersuami, ada anak, menantu dan cucu juga, pada awal tahun 2003 beliau telah menunaikan haji di tanah suci Mekah bersama suaminya. Tepai sebelum beliau berangkat ke Mekah, beliau telah pergi ke KL bertemu kekasihnya dan bermalam bersama kekasih beliau selama beberapa malam dan telah melakukan perkara terkutuk umpama orang suami isteri dgn kekasih beliau yang juga telah beristeri dan mempuyai anak. Semasa bersama kekasih beliau juga membuat fitnah memburukkan isteri kekasih nya dan membawa ubat bomoh untuk ubat kekasihnya kononnya isteri kekasihnya itu jahat, supaya kekasihnya bercerai dengan isterinya. Selama beliau melakukan ibadah dan rukun haji di Mekah, beliau asyik menghubungi kekasihnya di Kl melalui telefon dan tidak khusyuk melakukan ibadah haji. Ada kah Haji beliau sah?. Tidak tamat disitu sahaja, sekembalinya beliau ke Malaysia, beliau pergi ke KL lagi bertemu kekasih beliau dan bermalam lagi selama beberapa malam. Kecurangan ini diluar pengetahuan suaminya. Taubat yang bagaimanakah yang harus beliau lakukan untuk mensuci diri semula. Dosa pada ALLAH beliau boleh memohon ampun dengan bertaubat dan dosa sesama maanusia pula patutkah beliau memohon maaf kepada semua orang yang terlibat secara langsung atau tidak langsung iaitu, suami, anak, ibu bapa ,keluarga, kekasih dan isteri kekasih beliau . Mohon pertolongan dan nasihat serta bimbingan untuk kawan saya ini untuk bertaubat.
:salam
Alhamdulillah, inilah jawapannya:
Sah atau tidaknya haji yang dikerjakan bergantung sejauh mana rukun2 dan syarat2 Haji dilaksanakan. Jika cukup dan sempurna maka sahlah haji berkenaan.
Jika benar2 teman sdra itu melakukan dosa, tidak kira samada zina atau mukadimah zina, maka tiada jalan lain baginya melainkan dengan bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha.
Taubat itu mempunyai 6 rukun:
1. Ikhlas kerana Allah Taala. Hendaklah taubat itu benar dan ikhlas serta tidak dipengaruhi oleh tujuan dunia.
2. Hendaklah taubat itu dilakukan pada waktu taubat masih boleh diterima. Iaitu sebelum matahari terbit dari barat. Sebelum roh sudah berada di tenggorokan. Sesungguhnya Allah menerima taubat selama nyawa berada di tenggorokan.
3. Hendaklah meninggalkan maksiat berkenaan. Tidak sah jika seseorang tu mendakwa dia telah bertaubat tetapi masih mengerjakan maksiat berkenaan.
4. Menyesal dengan dosanya yang lalu.
5. Berazam tidak akan kembali melakukan dosa berkenaan sekali lagi.
6. Jika dosa itu berhubungkait dengan hak makhluk, maka ia dikembalikan kepada pemiliknya.
Bagi penzina yang telah berkahwin, maka hukuman hadnya adalah rejam sampai mati. Jika dia berada di dalam negara yg tidak menjalankan hukum hudud maka memadai baginya dengan bertaubat dengan taubat nasuha. Jika dia berada dalam negara yang melaksanakan hudud, jika dia tidak tertangkap oleh pemerintah, maka memadai baginya dengan bertaubat kepada Allah taala dengan sebenar2 taubat. Dia tidak diwajibkan untuk menyerah diri agar hudud dapat dilaksanakan ke atasnya.
Bagi kesalahan mukadimah zina, seperti berkhalwat, bercium, berpeluk atau sebagainya, maka hukumannya adalah ta'zir. Iaitu denda atau dera. Dan dia hendaklah bertaubat dengan taubat nasuha.
Selain dari bertaubat, dia hendaklah memperbanyakkan melakukan perkara kebajikan dan ketaatan. Mudahan2 Allah menerima taubatnya.
Jika sukar baginya bertaubat, maka sdra dan orang2 yang hidup disekelilingnya yang mengetahui perilaku maksiat yang dilakukan hendaklah melaksanakan tanggungjawab amar ma'ruf nahi munkar. Menasihatinya dan membimbingnya agar dapat bertaubat dari maksiatnya.
------------------
Masalah:
Jawab: Lihat jawapannya pada penjelasan di atas. Bertaubat dengan memenuhi syarat2nya.
Masalah:
Jawab:
Bagi menjaga kerukunan rumahtangga pasangan suami isteri dan memelihara keaiban isteri, maka si isteri dinasihatkan agar tidak memaklumkan hal tersebut kepada suami. Walaubagaimanapun, si isteri yang telah melakukan dosa itu wajib bertaubat dengan taubat nasuha iaitu :
1. menyesal dengan sungguh-sungguh di atas perbuatannya itu
2. berazam untuk tidak mengulanginya lagi
3. istiqamah (berterusan) dalam melaksanakan amal ibadat kepada Allah s.w.t
Berkenaan dengan dosa tersebut, ia adalah urusan Allah s.w.t namun sentiasa berdoa agar Dia mengampunkan dosa yang telah dilakukannya. (Ruj: Web SJ JAKIM)
-------------------
Rujukan:
http://audio.islamweb.net/islamweb/index.cfm?fuseaction=ReadContent&AudioID=16059
http://www.suhuf.net.sa/2000jaz/jun/10/as11.htm
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf