SJ-12-0024 : beri salam kepada bukan mahram

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0024 : beri salam kepada bukan mahram

apakah hukumnya kita memberi salalm kpd bukan mahram..ini krn saya mmg di kelas saya kebanyakannya pelajar perempuan..so pendek citer kengkawan ramai pompuanlah..jadi bila jumpa kat luar saya akan beri salam..satu hari ada sorang kawan saya tegur saya dia kata haram.maka skrg saya nak tahulah jwpnnya.sama ada boleh beri salam kpd bukan mahram atau tidak

SJ-12-0024 : beri salam kepada bukan mahram

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawap soalan sdr mujahid dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah

Allah swt telah memerintahkan kita menyampaikan salam, dan mewajibkan kita menjawab salam dan menjadikan salam sebagai salah satu alat memupukkan kasih sayang diantara orang-orang yang beriman. Firman Allah swt :-

ÅöÐóÇ ÍõíøöíÊõãú ÈöÊóÍöíøóÉò ÝóÍóíøõæÇ ÈöÃóÍúÓóäó ãöäúåóÇ Ãóæú ÑõÏøõæåóÇ Åöäøó Çááøóåó ßóÇäó Úóáóì ßõáøö ÔóíúÁò ÍóÓöíÈðÇ
"Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. "-[Al-Nisa' : 86]

Dari Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah saw bersabda :

áÇ ÊóÏúÎõáõæäó ÇáúÌóäøóÉó ÍóÊøóì ÊõÄúãöäõæÇ ¡ æóáÇ ÊõÄúãöäõæÇ ÍóÊøóì ÊóÍóÇÈøõæÇ ¡ ÃóæóáÇ ÃóÏõáøõßõãú Úóáóì ÔóíúÁò ÅöÐóÇ ÝóÚóáúÊõãõæåõ ÊóÍóÇÈóÈúÊõãú ¿ ÃóÝúÔõæÇ ÇáÓøóáÇãó Èóíúäóßõãú
"Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang diantara kamu, Apakah tidak aku memberitahu kepada kamu sesuatu , jika aku melakukannya, aku akan mencintai sesama kamu? Sampaikan salam diantara kami" - [Hadith riwayat Muslim #54].

Perintah salam ini pada umumnya diseru kepada semua orang, tidak kira samada lelaki ataupun perempuan. Ada dikalangan ulama' berpendapat dibenarkan lelaki memberi salam kepada wanita yang bukan mahram yang sudah tua. Tidak dibolehkan memberi salam kepada wanita muda, kerana ditakuti menimbulkan fitnah. Imam Malik mengatakan :-

ÃóãøóÇ ÇáúãõÊóÌóÇáøóÉõ (æåí ÇáÚÌæÒ) ÝóáÇ ÃóßúÑóåõ Ðóáößó ¡ æóÃóãøóÇ ÇáÔøóÇÈøóÉõ ÝóáÇ ÃõÍöÈøõ Ðóáößó
"Berkenaan dengan wanita tua, saya tidak menganggapnya makruh, tetapi mengenai wanita muda, aku tidak menyukainya"

Al-Zarqani didalam Syarah keatas al-Muwatta' (4/358) menerangkan bahawa Imam Malik berpandangan begitu kerana beliau khuatir akan fitnah yang mungkin timbul apabila mendengar wanita tersebut menjawab salam.

Walaubaimanapun menurut Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi bahawa terdapat nas yang banyak menunjukkan bahawa lelaki dibenarkan memberi salam kepada wanita. Didalam buku Fatawa Mu'asyirah Jilid 2 beliau telah membicarakan dengan panjang lebar permasalahan memberi salam kepada wanita yang bukan mahram di bawah tajuk : ÅáÞÇÁ ÇáÓáÇã Úáì ÇáäÓÇÁ . Shiekh Al-Qaradhawi mengatakan bahawa pandangan golongan yang tidak menyukai amalan memberi salam kepada wanita yang bukan mahram terbahagi kepada 2 sebab utama :-

1. Di takuti akan menimbulkan fitnah.
2. Suara wanita adalah aurat.

Mengenai persoalan 'takut fitnah', kata beliau :-

æÃÞæì ãÇ íÓÊäÏ Åáíå ÇáãÇäÚæä åäÇ åæ " ÎæÝ ÇáÝÊäÉ " ÇáÊí íäÈÛí Ãä íÊæÞÇåÇ ÇáãÓáã ãÇ ÇÓÊØÇÚ ÇÓÊÈÑÇÁð áÏíäå æÚÑÖå. æåÐÇ ãÑÏå Åáì ÖãíÑ ÇáãÓáã æÊÞÏíÑå¡ æÚáíå Ãä íÓÊÝÊí ÞáÈå.
"Alasan yang paling kuat yang dijadikan sandaran ialah golongan yang melarang ialah "Takut Fitnah" yang seharusnya dijaga oleh setiap muslim dengan semampu mungkin untuk menjaga kesucian agama dan kehormatannya. Sebenarnya, pokok pangkalnya adalah hati (dhamir) dan daya tahanan seorang Islam, kerana itu ia harus bertanya kepada dirinya sendiri"

Dengan kata lain, adalah menjadi kewajipan setiap orang Islam menjaga diri mereka daripada fitnah.

Mengenai suara wanita adalah aurat, Al-Qaradhawi mengatakan :-

ÃãÇ ãÇ Þíá ãä Ãä ÕæÊ ÇáãÑÃÉ ÚæÑÉ¡ ÝáÇ ÃÌÏ áå æÌåÇ¡ æáã íÞá Èå ÅãÇã ãÚÊÈÑ. ßíÝ æÇááå ÊÚÇáì íÞæá Ýí ÔÃä äÓÇÁ ÇáäÈí: (æÅÐÇ ÓÃáÊãæåä ãÊÇÚðÇ ÝÇÓÃáæåä ãä æÑÇÁ ÍÌÇÈ). (ÇáÃÍÒÇÈ: 53).
"Bagi yang berpendapat bahawa suara wanita adalah aurat, maka saya tidak menemukan dalilnya, dan tidak ada seorang pun ulama' muktabar yang berpendapat demikian. Bagaimana hendak dikatakan suara wanita adalah aurat kerana Allah berfirman :- ".....apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir." -[Al-Ahzab : 53]."

Maknanya isteri-isteri Nabi saw masih menjawab pertanyaan orang dari sebalik tabir terutama A'isyah ra. Begitu juga ramai dikalangan kaum wanita yang bertanya dan berbicara dengan Nabi saw didalam majlis baginda. Tambah Al-Qaradhawi didalam menutup fatwanya :-

æßã ãä æÞÇÆÚ æãæÇÞÝ áÇ ÊÚÏ Ýí ÚÕÑ ÇáäÈæÉ æÇáÕÍÇÈÉ ÊÍÏË ÝíåÇ ÇáäÓÇÁ Åáì ÇáÑÌÇá¡ ÓÄÇáÇð æÌæÇÈðÇ¡ æÃÎÐðÇ æÑÏðÇ¡ æÓáÇãðÇ æßáÇãðÇ¡ æáã íÞá ÃÍÏ ááãÑÃÉ: ÇÕãÊí ÝÅä ÕæÊß ÚæÑÉ.
"Betapa banyak peristiwa dan kejadian yang tidak terkira, yang terjadi pada zaman Nabi saw dan para sahabat menunjukkan bahawa kaum wanita biasa berbicara dengan laki-laki, bersoal jawab, berdialog, mengucap dan menjawab salam, serta bercakap-cakap. Tidak seorang pun berkata kepada kaum wanita tersebut : Diamlah, kerana sesungguhnya suara kamu adalah aurat"

Sebagai kesimpulan, saya memetik fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Penyelidikan dan Fatwa Eropah, mereka mengatakan :-

"Walaubagaimana pun ini tidak menyatakan bahawa kita mengangkat semua had-had/batasan agar wanita mula bercakap dengan semua lelaki yang datang dan pergi atau kaum lelaki bercakap dengan semua wanita, kerana ini awal-awal lagi ditolak oleh logik dan cita rasa yang baik, sebelumnya ditolak oleh Islam. Adalah dibenarkan wanita bercakap dengan lelaki saudaranya, guru, jiran, supervisor di pejabat dan yang lain-lain menurut keperluan hari-hari dan juga perhubungan yang komplex dikalangan kita hari ini, selama mana wujudnya kepercayaan, tiak mendatangkan masalah dan didalam keadaan yang normal.

Malahan, adalah menjadi adat di kebanyakkan negara Islam dimana kaum lelaki akan mengucap salam kepada kaum wanita dan wanita mengucapkan salam kepada lelaki apabila mereka bertemu, Mereka juga bertukar-tukar perbualan yang baik mengenai perkara yang mustahak dan berkaitan, semuanya dengan keizinan bapa mereka, suami, abang dan begitu juga ulama".

WA. wassalam.
==========
Rujukan :

1. Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Fatawa Mu'asyirah - II. Cetakan ke 3. Manshurah : Dar Al-Wafa', 1994.

2. Majlis Penyelidikan dan Fatwa Eropah. Fatwa IOL : http://www.islamonline.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=93143

خيرالأمين