Assalamualaikum..
Saya ingin kemukakan beberapa soalan mengenai penceraian..
1. Satu pasangan telah bercerai tidak sampai sebulan (penceraian persetujuan bersama) telah berjumpa semula, dan melakukan hubungan bersama, tetapi si isteri tidak mahu rujuk semula, apakah hukumnya?
2. Alasan utama si isteri, kedua2 keluarga tidak akan dapat menerima mereka semula, ingin bebas, suami & isteri masih belum betul2 bersedia kerana masih muda (23 tahun). Alasan yg paling utama si isteri adalah ingin bebas.
3. Hubungan bersama masih lagi berterusan sehingga sekarang, dan bercadang akan menyambung semula perkahwinan apabila berumur 28 tahun kelak. (kalau ada jodoh)
4. Si isteri telah banyak berubah selepas penceraian, dari segi pakaian, ibadat, tutur kata, (dari baik ke kurang baik), apakah hukumnya?
5. Si suami masih lagi sayang pada bekas isterinya, begitu juga si isteri, tapi si isteri masih lagi 'flirt' dgn lelaki lain..pernah berlaku semsa dalam perkahwinan lagi.
6. Apakah hukumnya si suami tidak menghiraukan si isteri semasa dalam proses utk bercerai? (cth: tidak tinggal bersama, makan minum, keselamatan, kesihatan) menurut pandangan seorang ustaz, isteri yg demikian perangainya, tidak layak menerima layanan si suami..apa pandangan ustaz pula?
7. Si isteri datang dari keluarga yang kurang dalam hal agama, dan seperti tiada keinginan untuk belajar, selalu mengingkari perintah suami, seperti hendak memberontak.
8. Apabila suami dan isteri bincang semula hal penceraian, si isteri kerap menyalahkan suami, padahal dulu si isteri yang kerap meminta cerai. Si suami telah melakukan istikharah, dan keputusannya cerai. Tetapi apabila rapat semula, si suami berasa menyesal.Apa yg perlu dilakukan oleh si suami dalam menangani masalah ini?
SEBELUM PENCERAIAN
9. Apakah hukumnya ibu mertua menyuruh menantu memasukkan wang dalam akaun simpanannya setiap bulan utk belanja kahwin?
10. Keluarga si suami hanya menasihati dan menyuruh suami membuat keputusan sendiri berkaitan hal dgn penceraian. Ia seperti menambahkan tekanan pada suami. Si isteri asyik mendesak supaya bercerai.
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum
Assalamualaikum,
Saya nak respon secara ringkas.
1.Rujuk dengan perbuatan (bersetubuh) adalah tidak sah.(Mazhab Syafie)
2.Hubungan tersebut jika dilakukan selepas habis eddah dikira zina.
3.Kerelaan isteri bukanlah syarat dalam rujuk.
4.Apapun sewajar nya kes ini dibawa ke pengetahuan Mahkamah Syariah. untuk dibuat pengesahan
(Dalam beberapa kes yang berdasarkan pada fakta-fakta tertentu ada yang diputuskan rujuk dengan perbuatan dikira sebagai sah)