SJ-12-0127 : Cinta SMS & Seberang Laut

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0127 : Cinta SMS & Seberang Laut

Assalamualaikum...

Saya ingin meminta pandangan dan nasihat panel-panel di al-ahkam.net mengenai beberapa persoalan di bawah ini.

1. Apakah hukum Cinta SMS? Apakah batasan-batasan yg perlu dipatuhi sekiranya berhubungan dengan pasangan (yg belum berkahwin) melalui SMS? .Maksudnya, apakah dilarang untuk sebuah pasangan untuk berhubungan satu sama lain sekadar untuk mengenali dan berhubungan antara satu sama lain, atas tujuan dengan niat ingin berkahwin di masa hadapan....

2. Satu senario, di mana sebuah pasangan yg muda (umur 20), sedang menyambung pelajaran di luar negara (Russia). Mereka ingin berkahwin tetapi tidak mampu. Antara sebabnya, walaupun belajar di negara yg sama, tetapi mereka berlainan universiti (berjarak 150 km) dan terpaksa tinggal berjauhan selama 5 tahun....Juga dibimbangi akan perkara-perkara seperti kehamilan, dan juga kesediaan keluarga kedua-dua pihak. Apakah yg terbaik yg boleh dilakukan? Dibimbangi jika kerap berhubungan melalui sms, berjumpa pasangan dan sebagainya, ia bercanggahan dengan syarak pula?.....

Minta tolong sangat kepada panel-panel sekalian.Jzkk.

Barakkallahufiekum

SJ-12-0127 : Cinta SMS & Seberang Laut

:wassalam

alJawab:

1. Cinta SMS atau Cinta Pesanan Ringkas.
Walaupun istilah ini canggih tapi sebenarnya ia adalah termasuk dalam perjalanan berliku dan merbahaya dalam mendirikan rumahtangga. Prof Dr al-Qardhawi menyentuh permasalahan ini dalam koleksi Fatawa Mu'asirat Jld 2nya.
Kata al-Qardhawi, cinta SMS, internet, chatting, perbualan telefon kekadang berlaku secara tidak dirancang atau main-main, sembrono dan kekadang utk mengisi masa lapang, tanpa pengawasan penjaga, maka ia menjadi ketagihan dan berakhir dengan sesuatu yang tidak diingini.

Cinta sebelum perkahwinan itu memang dibolehkan. Khadijah telahpun menyintai nabi saw sebelum mereka berkahwin. Islam juga menganjurkan merisik, memberi hak kepada lelaki dan wanita menyelidik dan mencari bakal pasangan dengan teliti dan memenuhi hajatnya, dianjurkan bertunang, dan mereka boleh bertemu dan berhubung dalam pengawasan muhrim masing-masing. itulah cara Islam yang asli, bukan berkenalan secara SMS, chatting, perbualan telefon secara rambang.

Rumusan: Cinta sebelum berkahwin itu dibolehkan dengan cara Islam, tapi pergaulan bebas tanpa kawalan spt cinta SMS, chatting dan hubungan telefon antara mereka berdua tanpa pengawasan akan membawa kepada kemudharatan. Ini berdasarkan hadith Imam Ahmad yg masyhur, ' tidak ada pihak ketiga dari dua orang lelaki dan perempuan, melainkan ianya syaithan."

2. Antara perkahwinan dan meneruskan cita-cita akademik adalah suatu yang sulit untuk diselesaikan. ia juga melibatkan harapan orang tua dan syarat biasiswa yg ditawarkan kekadang perkahwinan tidak dibenarkan sehingga mereka menamatkan pengajian. Umur 20 tahun adalah suatu umur yang masih muda dan kami syorkan utamakan dahulu pelajaran terutama jurusan perubatan di Russia yang amat mencabar. Banyakkan berpuasa dan fokus kepada pelajaran untuk membawa balik ilmu untuk kepentingan umat Islam. Ingatlah pesan Nabi saw, "wahai pemuda, jika kamu mampu, maka berkahwinlah kerana ia menjaga kehormatan dan menundukkan penglihatan, jika kamu tidak mampu lagi, maka berpuasalah, kerana puasa itu adalah perisai." (HR Muslim dari Ibn Mas'ood) sekian