Oleh: zain-ys
Ekoran dari artikel dari al-Fadhil ustaz Adlan (alitantawi) bertajuk zikir Allah.. Allah..Hu..Hu..Ah..Ah... telah berlaku perbahasan ilmiah antara dua orang tokoh di al-ahkam.net, iaitu antara al-Fadhil Ustaz Abu Umair dan Dr Izrail di forum diskusi. Tajuknya di sekitar apakah boleh berzikir dengan Allah.. Allah.. Allah..
Perbahasan ini mendapat sambutan dan pujian dari ramai pihak kerana sikap dan akhlak juga keilmuan yang dipamerkan oleh dua orang tokoh ini ketika berbahas dan berselisih pendapat.
Atas permintaan beberapa rakan (bukan setakat seorang dua yang minta), maka saya akan cuba menerbitkan lagi perbahasan berkenaan dalam bentuk artikel bersiri.
Tujuannya ialah:
1. Agar para pengunjung al-ahkam.net dapat mengambil manfaat dari butiran ilmu dari perbahasan berkenaan.
2. Semoga kita dapat mencontohi sikap dua tokoh ini ketika berbahas dan berselisih pendapat. Dan semoga kita dapat menjauhi sikap mereka yang tidak berakhlak ketika berbahas dengan merendah-rendahkan, memperlekeh lawannya. Dan tidak ada samasekali sikap tawadhuk.
Di dalam forum diskusi tempat asal perbahasan ini telah bercampur aduk dengan pelbagai posting dari ramai ahli forum. Namun, untuk siri rencana ini saya tidak akan memasukkannya. Saya hanya memasukkan posting berkaitan sahaja dari Ustaz Abu Umair dan Dr Izrail.
Mula-mula, saya akan siarkan posting dari Dr Izrail yang mengemukakan dalil bolehnya berzikir dengan Allah.. Allah.. Kemudian diikuti dengan artikel dari Ustaz Abu Umair yang membantahnya.. Dan.. Begitulah seterusnya...
Penghargaan buat Ustaz Adlan atas artikel yang membuka ruang perbahasan ilmiah yang cukup bernilai antara Ustaz Abu Umair dan Dr Izrail.