:salam
Satu soalan yang sentiasa bermain di fikiran.
Cara mendidik anak yang paling berkesan dan menurut sunnah:-
1) Anak dididik dengan sederhana tidak dengan kemewahan.
2) Makan sekadar keperluan bukan berlebih-lebihan dan jangan membazir.
Kedua-dua kaedah di atas seiring dengan kehendak Agama tapi ada yg berpendapat :-
1) Apa salahnya beri sedikit kemewahan sekadar pakaian branded. Baju,seluar, kasut berjenama. Ibu bapa kena berkorban untuk anak-anak. jangan kedekut berbelanja. Kena berkorban untuk anak2. Jangan guna kaedah orang dulu2 yang tak ada kuasa membeli, orang kampung tak ada duit beli pakaian berjenama. Kita dah mampu, berkerjaya apa salahnya.....
Tapi rasa macam membazir sebab anak2 kejap je besar . lagi pulak banyak kommitment lain untuk perbelanjaan selain pakaian cth : alatan rumah, perabot dll..
2) Makan - apa salahnya mahal2 sikit bukannya selalu. Bawa anak makan kat kedai atau kafe berjenama. Kita kecik2 dulu tak dapat rasa apa salahnya bagi anak2 rasa. Jangan kedekut berbelanja untuk makan.......
Rasa macam membazir je sebab makat kat warong pun kenyang juga dah tu boleh budget untuk keperluan lain selain makan semata-mata.
Sekali fikir macam betul juga pendapat mereka ni. Berkorban untuk anak2.
Dah tu ramai pulak tu - majoriti yang ikut pendapat kedua.
Tapi sebab kita bepegang kaedah Al-quran dan sunnah - majoriti tak menjamin ianya benar......
Masalahnya : Nak menghadapi mereka yang majoriti ni.
Apakah hujah untuk menyangkal hujah mereka.
Ada tak dalil2 yang soheh mengenai cara mendidik anak ni.
Mungkin ahli panel Al-Ahkam ni dapat membantu dalam mengekalkan pegangan selama ini. Menambahkan keyakinan apa yang diamalkan selaras dengan kehendak Agama.
Atau pun mungkin pendapat majoriti tu betul.....
:wassalam
al-Jawab:
Maksud tana'um (kemewahan)
hadit #1: Dari Abu uthman anNahdi
æÅíÇßã æÇáÊäÚã ¡ æÒí Ãåá ÇáÔÑß
terjemahnya: Umar alKhattab amir alMukminin menulis surat kepada tentera Islam yang berada di Farsi, " waspada kamu dari kemewahan yg berlebihan dan meniru ahli syirik." Bukhari-Muslim, Muslim # 2069
hadith # 2: dari Mu'adz bin Jabal ra:
ÅíÇß æÇáÊäÚã º ÝÅä ÚÈÇÏ Çááå áíÓæÇ ÈÇáãÊäÚãíä
terjemahnya: waspadalah kamu dari kemewahan, sesungguhnya hamba2 Allah itu bukanlah orang2 yg bermewah-mewahan." HR Ahmad dan Abu Nu'aim, disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih al-Jaami' # 2668
Kata Dr Nasih Ulwan RH (Tarbiyat alAwlaad fil Islam), maksud kemewahan di sini ialah yang melampau dan berlebih-lebihan, kemudian bermegah-megah dengan yang bagus-bagus dan tenggelam dalam pelbagai kenikmatan dan hiburan. Itulah maksud kemewahan dalam Islam yakni apa yg melampaui dan berlebihan sahaja.
Dua isu yang diajukan:
1. Pakaian anak-anak
Pakaian anak-anak kita ialah pakaian yang menjauhkan sifat sombong dan tinggi hati.
ßáæÇ æÇÔÑÈæÇ æÊÕÏÞæÇ æÇáÈÓæÇ ãÇ áã íÎÇáØå ÅÓÑÇÝ Ãæ ãÎíáÉ
Dari Abdullah bin Amru al-Ash ra
" Makanlah, minumlah, bersedeqahlah dan berpakaianlah selama mana kamu tidak berlebih-lebihan dan kesombongan." [HR Ibn Majah, di sahihkan oleh al-Albani, sahih Ibn Majah, 2920]
Dari Abii alAhwadz dari bapaknya (Malik bin Nahdhah),
Nabi saw menegur daku kerana melihat jeleknya pakaiannku. baginda bertanya "apakah engkau tidak punya harta?" jawabku, "ada, bahkan ia banyak sekali." Maka Nabi bersabda, "bila Allah memberi kamu harta, maka perlihatlah bekasnya pada diri kamu." HR anNasa' iy, disahihkan oleh al-Albani, # 5238
Begitulah sikap kita dan utk anak isteri terhadap pakaian, tidak berlebihan, tidak menyombong diri dgn pakaian dan belilah pakaian yang ada impak sesuai dgn nikmat harta yang Allah berikan kepada kita.
2. Makanan kaum keluarga.
juga dengan hadith di atas...hadith Abdulah bin Amru, makan dan minumlah selama mana tidak berlebihan dan menyombong. Perlu juga diingatkan, yang paling penting ialah kita menyediakan pemakanan yang sihat dan seimbang kepada keluarga kita. Ramai orang Islam kita yang tidak mengetahui ilmu nutrition (pemakanan seimbang), maka keluarga mereka tidak mendapat zat makanan yg secukupnya dan ini menyebabkan umat Islam tidak memiliki pertumbuhan otak dan fizikal yang kuat utk beribadah dan berjihaad. Oleh kerana menumpukan kepada kehidupan zuhud dan takut jatuh dalam kemewahan, maka mereka tidak menyediakan makanan yg seimbang dan berdzat kepada ahlinya. *Dr Nadzmi Khalil Atho', Universiti Ummu Qurra, Mecca, Risalah ila Usratil Muslimah.
3. sekali-sekala membawa makan keluarga ke ttempat yang agak mewah adalah dibolehkan sebagai majlis penghargaan di atas kejayaan yang dicapai oleh ahli keluarga spt pencapaian akademik, pencapaian hafadzan al-Qur:an dsbnya...ini dinamakan element of surprise dalam keluarga boleh diamalkan...
4. Adapun sikap kita dengan majoriti ialah kita kena mencari sahabat-sahabat dan jiran-jiran yang mempunyai semangat spt kita, utk hidup menghayati ajaran Islam walaupun kita sedikit dalam masyarakat. Ini kerana akhir zaman orang yg sperti kita (yg tegar di atas sunnah) adalah kaum yg minoriti, manakala golongan majoriti telah terpesong dari AQ dan asSunnah. Lihat Firman ALlah: "jika kamu menuruti majoriti manusia di muka bumi ini niscaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah " AQT 6:116 Ingat sentiasa ayat ini. WA