SJ-12-0168 : X mahu kahwin wpun mampu, nak bela anak angkat.

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0168 : X mahu kahwin wpun mampu, nak bela anak angkat.

salam,

apakah hukumnya seorang lelaki yg kaya dan mmg terlebih mampu nak kahwin bukan sahaja dari segi kewangan tapi agama,tapi x mahu kawin?

dlm pada masa yg sama ingin anak dan sbg alternatifnya dia membela anak angkat.

adakah islam membenarkan pekara ini?
sdgkan dia mmg mampu utk kawin.

SJ-12-0168 : X mahu kahwin wpun mampu, nak bela anak angkat.

Berkahwin adalah sunnah para Nabi termasuklah penghulu segala Rasul iaitu Muhammad SAW. Adalah agak dikesali sekiranya ada umat Islam yang mampu tetapi tidak mahu berkahwin. Namun apakan daya, hukum berkahwin tidaklah sampai ke tahap wajib. Lalu kita katakan kepada orang itu...Islam amat menyuruh umatnya agar berkahwin. Kahwinlah dan itulah yang terbaik di sisi Allah. Tapi anda tidak berdosa insya Allah. Wallahu a'lam.