SJ-12-0184 : adakah isteri tugas nya didapur?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0184 : adakah isteri tugas nya didapur?

salam,
1]semasa zaman nabi apekah tugas sebenar sang isteri?
adekah didapur uli tepungbuat roti atau ape?
apekah tugas2 isteri nabi?
adakah mereka membantu nabi dalam dakwah?

2]bagaimana pula dgn fatimah anak pompuan nabi?
adakah dia keluar rumah dan berdakwah iaitu menyeru agama allah kpd masyarakat jahilliah?

3]kebanyakan pompuan zaman skrang ni yg terlibat dgn organisasi islam sprt abim,jim,pas dan lain2 lagi yg keluar berdakwah dan mempertahankan islam adakah dibolehkan?
adekah mereka mengikut sunnah rasul dan zaman sahabat yg hebat itu?

SJ-12-0184 : adakah isteri tugas nya didapur?

secara ringkas,

1- Tidak ada nas yang melarang wanita utk keluar dari rumah berdakwah bahkan mencari rezeki asalkan ia tidak melanggar batasan syariat dan juga tidak membahayakan keselamatannya.

2- Wanita dan lelaki sama-sama disuruh utk mencari ilmu dan berdakwah sebagaimana di dalam Al-Quran kita dapati perintah umum utk berdakwah termasuk mencegah kemungkaran dan mengajak orang melakukan kebaikan. Malah di dalam Al-QUran, Allah SWT telah berfirman dengan maksud 'Dan orang-orang beriman lelaki dan perempuan, sebahagiannya membantu sebahagian yang lain, mereka menyeru ke arah kebaikan dan mencegah melakukan kemungkaran'.

3- Pada zaman Rasulullah SAW, wanita melakukan tugas rumahtangga sebagai satu tanggungjawab terhdap suami dan anak-anak. namun kita juga tahu bahawa terdapat sebahagian wanita Islam yang sama-sama keluar rumah membantu suami utk mencari rezeki seperti sama-sama menjaga haiwan ternakan. begitu juga kita dapati mereka pergi berperang bersama Rasulullah SAW selepas dipastikan mereka memenuhi syarat serta dibahagikan tugas terutama merwat tentera yang cedera.

4- Keadaan masa kini perlu difahami dengan batasan syariat. walaupun wanita keluar rumah berdakwah, dia perlu mengingati batasannya serta tanggungjawabnya terhadap keluarga. manakala suami atau ibu bapa tidak boleh menghalang isteri atau anak-anak perempuannya utk keluar berdakwah kerana ia adalah perbuatan yang disuruh berdasarkan batasannya.

tidak siapa dapat menafikan bahawa pendakwah yg ikhlas dan berilmu serta bersemangat juang amat sedikit bilangannya. Maka adakah bijak jika kita menghalang wanita utk memenuhi ruang itu?

wallahu a'lam