Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya,
1-Saya dipukul oleh suami dan telah pergi membuat laporan polis, setelah itu saya pergi ke pjbt kebajikan dan dinasihati utk berlindung di rumah ibu-bapa.
Adakah saya nusyuz?
2- selepas seminggu Suami melafazkan " saya lepaskan awak sekarang" berulang2 kali, adakah talak jatuh?
Harap yg arif dapat membantu saya.
Jazakallahu Khairan
Pn Nur
Salam,
Saya ambil proviso dalam enakmen keluarga-
Jawapan kepada soalan 1
60 - Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan nafkah bagi isteri dan akibat nusyuz.
(1) Tertakluk kepada Hukum Syara', Mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya.
(2) Tertakluk kepada Hukum Syara' dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau dengan tidak berpatutan enggan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu antara lain-
(a)
apabila dia menjauhkan dirinya daripada suaminya;
(b)
apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya;
(c)
apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain,
tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syara' .
(3) Selepas sahaja isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan dan perintah sah suaminya, maka isteri itu tidaklah lagi menjadi nusyuz.
Cari penyelesaian segera agar kes ini tidak berpanjangan .panjangkan aduan puan kepada Pejabat Agama islam daerah yang berdekatan .Sepatutnya juga puan perlu membuat pemeriksaan doktor .Perkara ini akan berbangkit dan menjadi pembelaan kepada puan jika suami puan membuat tuntutan sabitan nusuz di MS.
Untuk tentukan samada nusuz atau tidak,bagi saya wajar mahkamah buat keputusan,bagi mengelakan isu nusuz ini digunakan bagi kepentingan sendiri samada pihak suami atau isteri.
No 2-
Segera buat pengesahan lafaz cerai diluar mahkamah-diMS.Keterangan pihak-pihak terutama suami diperlukan bagi menentukan perkara tersebut jatuh talak atau tidak.Umumnya perkataan `lepas` termasuk dalam lafaz kinayah-jika suami maksudkan cerai maka jatuh talak.Tidak perlu tunggu suami failkan pengesahan tersebut,puan juga boleh bertindak.