Minta penjelasan...
Adakah batal wuduk bila si suami dan isteri bersentuhan. Ada yang kata batal dan ada yang kata tidak. Jikalau ada nas yang menyatakan tidak batal kenapa semasa majlis perkahwinan yang selalu dilakukan di Malaysia ada upacara membatalkan air sembahyang. Minta penjelasan bagi menangani kebuntuan permasalahan ini.
ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
1) Tidak ada kesepakatan ulama dalam masalah batal wudhuk jika bersentuhan antara lelaki dan wanita, termasuk suami isteri. Terdapat tiga pendapat seperti berikut:
i- Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah membatalkan wudhu’ samada dengan syahwat ataupun tidak. Ini adalah pegangan mazhab Imam Syafie.
ii- Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan tidak membatalkan wudhu’ sama sekali, samada dengan syahwat ataupun tidak. Ini adalah pegangan mazhab Imam Abu Hanifah.
iii- Membezakan antara sentuhan dengan syahwat dan sentuhan tanpa syahwat. Bersentuhan dengan syahwat membatalkan wudhu’ manakala bersentuhan tanpa syahwat tidak membatalkan wudhu’. Ini adalah pegangan mazhab Imam Malik , dan Imam Ahmad.
2) Istiadat membatalkan air sembahyang selepas upacara akad nikah, tidak ada kena mengena dengan syariat Islam. Ia cuma adat orang Melayu dalam perkahwinan. Iaitu upacara bersentuhan antara pengantin lelaki dan wanita, seperti bersalaman, mencium dahi, dan memakaikan cincin.
Upacara bersentuhan tangan ini tidak dilarang jika dilakukan di dalam bilik tanpa disaksikan oleh orang ramai. Kerana mereka sudah sah sebagai suami isteri. Cuma, tidak perlu dikaitkan dengan hukum syarak seperti mesti berwudhuk sebelum itu.
Maka tidak perlu beriktikad bahawa sebelum upacara ini, pengantin mestilah berwudhuk dahulu untuk dibatalkan dalam upacara ini. Kerana berwudhuk semata-mata untuk upacara ini adalah satu penambahan dalam agama.
Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com