Hadis-hadis Popular (9): (Ahsantum!) Kamu sekelian telah berbuat baik!

Primary tabs

(Ahsantum!) Kamu sekelian telah berbuat baik!

Ia merupakan sabdaan s.a.w. semasa Baginda s.a.w. pergi sulh antara sebahagian kaum (dalam peperangan Tabuk). (Dalam peristiwa ini) Baginda terlewat solat (masbuq). Semasa Baginda sampai, Abdul Rahman bin Auf r.a. sedang mengerjakan solat Subuh terlebih dahulu bersama orang ramai kerana bimbang terkeluar waktu. [Petikan kitab: Al-Ahaadith an-Nabawiyah al-Mutadawalah Fi Hayatina al-Yaumiyah, Dr Athif al-Miliji]


Matan Hadis:

عَنْ حَدِيثِ عَبَّادِ بْنِ زِيَادٍ أَنَّ عُرْوَةَ بْنَ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ أَخْبَرَهُ أَنَّ الْمُغِيرَةَ بْنَ شُعْبَةَ أَخْبَرَهُ أَنَّهُ غَزَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَبُوكَ قَالَ الْمُغِيرَةُ فَتَبَرَّزَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قِبَلَ الْغَائِطِ فَحَمَلْتُ مَعَهُ إِدَاوَةً قَبْلَ صَلَاةِ الْفَجْرِ فَلَمَّا رَجَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَيَّ أَخَذْتُ أُهَرِيقُ عَلَى يَدَيْهِ مِنْ الْإِدَاوَةِ وَغَسَلَ يَدَيْهِ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ غَسَلَ وَجْهَهُ ثُمَّ ذَهَبَ يُخْرِجُ جُبَّتَهُ عَنْ ذِرَاعَيْهِ فَضَاقَ كُمَّا جُبَّتِهِ فَأَدْخَلَ يَدَيْهِ فِي الْجُبَّةِ حَتَّى أَخْرَجَ ذِرَاعَيْهِ مِنْ أَسْفَلِ الْجُبَّةِ وَغَسَلَ ذِرَاعَيْهِ إِلَى الْمِرْفَقَيْنِ ثُمَّ تَوَضَّأَ عَلَى خُفَّيْهِ ثُمَّ أَقْبَلَ قَالَ الْمُغِيرَةُ فَأَقْبَلْتُ مَعَهُ حَتَّى نَجِدُ النَّاسَ قَدْ قَدَّمُوا عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ عَوْفٍ فَصَلَّى لَهُمْ فَأَدْرَكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِحْدَى الرَّكْعَتَيْنِ فَصَلَّى مَعَ النَّاسِ الرَّكْعَةَ الْآخِرَةَ فَلَمَّا سَلَّمَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ قَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُتِمُّ صَلَاتَهُ فَأَفْزَعَ ذَلِكَ الْمُسْلِمِينَ فَأَكْثَرُوا التَّسْبِيحَ فَلَمَّا قَضَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاتَهُ أَقْبَلَ عَلَيْهِمْ ثُمَّ قَالَ أَحْسَنْتُمْ أَوْ قَالَ قَدْ أَصَبْتُمْ يَغْبِطُهُمْ أَنْ صَلَّوْا الصَّلَاةَ لِوَقْتِهَا



Terjemahan:
Dari hadits 'Abbad bin Ziyad bahwa Urwah bin al-Mughirah bin Syu'bah telah mengkhabarkan kepadanya bahwa al-Mughirah bin Syu'bah telah mengkhabarkan kepadanya "Bahwa dia berperang bersama Rasulullah s.a.w. dalam perang Tabuk."

Al-Mughirah berkata, "Kemudian Rasulullah s.a.w. membuang hajat ke tandas, lalu aku membawakan air sebelum solat fajar. Ketika Rasulullah s.a.w. kembali kepadaku, aku menyiram kedua tangannya dengan air dari timba, lalu Baginda menbasuh kedua tangannya tiga kali, kemudian membasuh wajahnya, kemudian mengeluarkan kedua lengannya dari jubahnya, lalu lengan jubahnya sempit, maka Baginda memasukkan kedua tangannya ke dalam jubahnya hingga mengeluarkannya dari arah bawah jubah, lalu membasuh kedua lengannya hingga ke siku, kemudian berwudhu' pada kedua khufnya kemudian kembali ke depan."

Al-Mughirah berkata, "Lalu aku pergi bersama Baginda s.a.w. hingga mendapatkan orang ramai yang telah menyuruh Abdurrahman bin Auf ke depan untuk mengimami mereka.

Rasulullah s.a.w. mendapati salah satu dari dua rakaat, lalu Baginda solat bersama orang ramai pada rakaat terakhir.

Ketika Abdurrahman bin Auf mengucapkan salam, maka Rasulullah s.a.w. berdiri menyempurnakan solatnya, dan keadaan ini mendapat perhatian kaum muslimin, lalu mereka memperbanyak tasbih.

Ketika Nabi s.a.w. menyelesaikan solatnya, Baginda mengadap mereka dan bersabda, "Kamu semua telah berbuat baik" atau Baginda bersabda, "Kamu semua telah benar, membuatkan mereka termotivasi untuk melakukan solat pada waktunya." (Sahih) (Muttafaq Ailaih) (Malik juga telah meriwayatkannya di dalam al-Muwattho')