Sahih Muslim 12/01/2011 - Memuliakan Nabi & Tidak Banyak Bertanya Perkara Yang Tak Berfaedah

Primary tabs

Syarah Sahih Muslim

Oleh: Maulana Mohd A0sri Yusoff

Tarikh: 12/01/2011 (SM120111)

Tajuk: Memuliakan Nabi s.a.w. dan Tidak Banyak Bertanya Perkara Yang Tak Berfaedah

Klik untuk baca teks Hadis..

 

 

{youtube}CGK6d56ZnoY{/youtube}

Durasi 01:05:03. Isikandungan:

00:00:00 Syarah Hadis: Bab: Memuliakan Rasulullah s.a.w. dan Tidak Banyak Menyoalnya Tentang Perkara Yang Tidak Diperlukan

00:05:41 Orang terdahulu banyak bertanya dan cakap tak serupa bikin. Sahabat Nabi s.a.w. tidak bersikap begitu kecuali beberapa orang sebagaimana yang terdapat di dalam Hadis. Namun setelah dididik mereka berubah sikap.

00:09:12 Apa maksud hadis ini: Orang Islam yang paling bersalah terhadap orang Islam yang laian ialah mereka yang bertanya tentang sesuatu yang belum diharamkan, tetapi ia diharamkan kepada orang ramai kerana soalannya itu.

00:10:42 Jangan jadi seperti dalam kisah Bani Israel yang mendapat susah kerana suka bertanya perkara yang tidak diperlukan.

00:17:25 Penjelasan Imam al-Nawawi mengapa Islam melarang banyak bertanya perkara tak berfaedah..

00:27:42 Syarah sekitar Hadis-hadis: "Bertanyalah kamu sekalian! Aku akan menjawabnya.."

00:37:55 Maksud sabda Nabi s.a.w.: "Aku belum pernah melihat kebaikan ataupun keburukan melebihi hari ini, telah diperlihatkan kepadaku syurga dan neraka hingga aku melihatnya di dinding ini."

00:51:37 Ada sahabat bertanya Nabi s.a.w.: "Siapakah ayah saya?" Apakah alasan sahabat ini mengemukakan pertanyaan berkenaan?

00:56:58 Sabitkah nasab anak zina dengan ayahnya?