SJ-12-0359 : Isteri Nusyuz Tidak Berhak Dapat Nafkah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0359 : Isteri Nusyuz Tidak Berhak Dapat Nafkah

:salam
mohon penjelasan ttg isteri yg nusyuz... adakah dia berhak dapat "mut'ah". Coz setahu saya... bila seseorg isteri tu nusyuz... dia dapat zero. Mohon betulkan sekiranya ada tersalah paham.
:wassalam

Re: perempuan nusyuz

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Syarat seseorang isteri mendapat nafkah ialah:
- suami berkemampuan
- isteri taat, tidak nusyuz.
(Al-Fiqh al-Islamy Wa Adillatuh 7/791-792)

Bermakna jika isteri nusyuz samada dia keluar rumah tanpa izin suami, dia tidak membenarkan suami masuk ke rumahnya, dia tidak memberi peluang suami beristimta' dengannya, atau apa-apa yang dinamakan nusyuz, maka gugurlah hak nafkah untuknya selama nusyuznya.

Kerana nafkah tidak wajib diberikan kepada isteri yang tidak menyerahkan dirinya kepada suami dengan ertikata memberikan hak istimta' yang sempurna.

Sebagaimana Nabi Sallallahu Alahi Wasallam berkahwin dengan Aisyah r.a dan baginda mula masuk bersamanya selepas dua tahun. Dalam tempoh dua tahun sebelum mereka bersama, baginda tidak memberi nafkah kepada Asiyah, dan tidak pula menggantikan / qadha nafkah yang selama dua tahun tersebut. (Al-Muhazzab 3/148).

Wallahu A'lam