SJ-13-0004 : Rasulullah saw berambut panjang

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0004 : Rasulullah saw berambut panjang

Assalamualaikum wbt diucapkan kpd warga al-ahkam.

Sudah lama rasanya saya tidak log in ke website al-ahkam nie. Selalunya saya just surf seperti biase tanpa meng log in.

Sebelum saya menengemukakan soalan saya, saya memohon ribuan kemaafan sekiranya soalan saya nie adalah soalan berulang.

Sebelum nie, website al-ahkam ade link search utk soalan2 fiqh, tetapi selepas link ke soalan2 fiqh di update, saya tidak lagi boleh search mengikut perkataan dan topic.....saya berharap pihak al-ahkam mengembalikkan link utk search servise tersebut kerana honestly saya bagitahu, link tersebut memudahkan saya sebelum2 nie mencari soalan2 fiqh berulang-ulang.

Soalan

Seorang kawan saya memberitahu saya baru-baru nie, bahawa terdapat satu hadis mengatakan bahawa Rasulullah SAW berambut panjang sehingga ke paras bahu. Adakah nie betul?....adakah hadis itu sahih??...Kalau betul, saya berharap wakil al-ahkam menyiarkan hadis tersebut.

Wassalamualaikum.

re: SJ-13-0004 : Rasulullah saw berambut panjang

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Selamat datang kembali sdr Idzham dan terima kasih kerana masih bersama al-ahkam online. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr Idzham dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Seperti web-site yang lain, web al-ahkam juga mengalami perubahan kepada laman webnya agar ia menjadi lebih menarik dan terkini. Kalau sdr melihat bahagian atas sekali (sebelah banner al-ahkam, gambar shiekh Ahmad Yassin, anda akan dapat servis pencarian masih kedapatan lagi dibawah nama Search. Anda boleh membuat search dengan memasukkan data pada Search for Keywords:. Operator Boolean boleh digunakan bagi pencarian, sebagai contoh : air AND najis. Pada medan Forum (serach option) pula, anda boleh memilih bahagian mana yang henak di search.

Untuk memudahkan anda, ini url nya : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/search.php

Jika anda mempunyai masalah lagi, sila kemukan soalan teknikal/aduan pada ruangan Pengumuman, aduan & berita atau ke url : http://al-ahkam.com.my/forum2/index.php?c=11 . Insyaallah, Pengasas website ini, ustaz ZainYS boleh membantu.

----------------

Hadith mengenai Rasulullah saw mempunyai rambut panjang hingga ke bahu boleh anda dapati didalam kitab Al-Syama'il al-Muhamadiyah (ÇáÔãÇÆá ÇáãÍãÏíÉ), karangan Al-Imam Abi Isa Muhammad Al-Tirmudzi (209H-279H), yang terkenal dengan kitab Sunan Al-Tirmudzinya. Hadith tersebut terdapat didalam bab mengenai rambut Rasulullah saw (ÈÇÈ ãÇ ÌÇÁ Ýí ÔÚÑ ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã), hadith bernombor 24:-

24- ÍÏËäÇ åäÇÏ Èä ÇáÓÑí. ÃÎÈÑäÇ ÚÈÏ ÇáÑÍãä Èä ÃÈí ÇáÒäÇÏ Úä åÔÇã Èä ÚÑæÉ Úä ÃÈíå Úä ÚÇÆÔÉ ÞÇáÊ:
"ßäÊ ÃÛÊÓá ÃäÇ æÑÓæá Çááå (Õáì Çááå Úáíå æÓáã) ãä ÅäÇÁ æÇÍÏ æßÇä áå ÔÚÑ ÝæÞ ÇáÌõãÉ¡ æÏæä ÇáæóÝÑÉ".

Diriwayatkan oleh Hanad bin as-Sirri, dari 'Abdurrahman bin Abi Zinad, dari Hisyam bin 'Urwah, dari bapaknya, dari 'Aisyah r.a. pernah berkata : "Aku dan Rasulullah saw. mandi dari tempayan yang sama. Beliau memiliki rambut (yang panjangnya) sampai di atas bahu dan di bawah daun telinga"
-----------
Terdapat pula dalam Sunan Ibnu Majah, pada bab. "Thaharah" Hadits no. 604, juga terdapat dalam Sunan Ibnu Majah, bab. "Pakaian" Hadits no. 3635.

Anda juga boleh membaca terjemahan Al-Syama'il al-Muhamadiyah didalam web al-ahkam dialamat : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewforum.php?f=51

Wallahu'alam, wassalam.

خيرالأمين