SJ-13-0020 : Sedikit LAgi Tentang cara Tidur

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0020 : Sedikit LAgi Tentang cara Tidur

:assalamua'laykum ya Syeikhul Ahkam.
-> Seperti yg diterangkan dalam sifat-sifat solat nabi, tidur kuak terap di benci. Pernah dengar tidur kuak ini ibarat berzina dengan syaitan. Ada usul ke ni?
-> Bagaimana dengan hala badan semasa tidur, let say head as the arrow head that pointing to kaabah or kaki.

re: SJ-13-0020 : Sedikit LAgi Tentang cara Tidur

:salam

Kami memohon ribuan ampun krn lewat menjawab soalan ini serta beberapa soalan yg lain. Insya Allah, soalan2 yg telah lama berada di bank soalan akan dijawab kelak.

Quote:
Seperti yg diterangkan dalam sifat-sifat solat nabi, tidur kuak terap di benci. Pernah dengar tidur kuak ini ibarat berzina dengan syaitan. Ada usul ke ni?

Adakah tidur kuak ini sama dgn tidur terlentang? Jika yg, mmg ada dalil yg mengatakan tidur sedemikian dimurkai Allah. Hadisnya dikeluarkan oleh Bukhari dgn sanad yg sahih.

Adapun hadis yg mengatakan bhw tidur sedemikian adalah cara tidur penghuni neraka sptmana yg diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Sheikh al-Albani mengatakan hadis tersebut dhaif spt yg dikatakannya dalam takhrijnya terhadap kitab adabul mufrad.

Quote:
Bagaimana dengan hala badan semasa tidur, let say head as the arrow head that pointing to kaabah or kaki.

sila ke URL berikut: http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=15501

wassalam

re: SJ-13-0020 : Sedikit LAgi Tentang cara Tidur

assalamu'alaikum

Alhamdulillah. Terima kasih Ustaz Gayat. Sedikit penambahan mengenai persoalan bolehkah semasa tidur kaki mengadap ka'abah. Fiqh membenar seseorang yang uzur bersolat sambil kaki melunjur mengadap kiblat, maka dengan itu kenapa pula tidak boleh kakinya mengadap kiblat semasa tidor. Syiekh Ibn Utsaimin telah menjelaskannya didalam fatwa beliau :-

ليس على الإنسان حرج إذا نام ورجلاه اتجاه الكعبة بل إن الفقهاء رحمهم الله يقولون : إن المريض الذي لا يستطيع القيام ولا القعود يصلي على جنبه ووجهه إلى القبلة ، فإن لم يستطع صلى مستلقياً ورجلاه إلى القبلة
"Tidak berdosa jika seseorang itu tidur kakinya mengadap ke Ka'bah, malah fuqaha' berkata : Jika seorang yang sakit tidak boleh berdiri atau duduk, dia hendaklah bersolat mengiring disebelahnya dengan muka mengadap ke kiblat, dan jika tidak mampu membuat demikian dia hendaklah bersolat dengan kakinya mengadap kiblat" - [Fatawa Ibn Utsaimin 2/976].

wassalam

خيرالأمين