Salamullah alaik
Ana ada sikit soalan berkaitan dengan muzik.
1. Band muzik yang ala2 Hip Hop, R&B atau Ronan Keating yang menyampaikan dakwah, di mana mesej yang dibawa mempunyai makna yang sangat besar dan mampu meninggalkan kesan kepada pendengar. (Kiranya wording dia power dan mampu membangkitkan spirit of Islam seseorang tu).
Contoh band : Native Deen, Soldiers of Allah.
Address lagu2 tersebut (sebagai bantuan) :
http://www.load-islam.com/content/view/63/41/
Apa hukumnya kita dengar2 lagu tu? Sekiranya ia tidak melaghakan diri kita atau meninggalkan apa2 impak -ve? Apa pulak hukumnya bagi mereka yang menyampaikan?
2. Apakah syarat2 yang wajib dipatuhi untuk berhibur dalam Islam dan mendengar muzik?
Harap Ustaz sekalian boleh bantu.
May Allah guide us to the right path. Aameen.
Mas Salamah.
Wasalamullah Alaik.
Jawapan:
:wassalam
Komentar terhadap salam enta:
Jawab:
Dakwah dan Fiqh Dakwah tidak boleh dicipta dgn seni musik dan lagu kerana dalam era 300 tahun pertama generasi terbaik Islam (salaf assoleh), tidak ada campuran dakwah dgn kesenian. Tidak ada istilah musik Dakwah atau berdakwah melalui seni. Ini hanya rekaan kaum yg terkemudian. Bila disebut dakwah dia kembali pada penghulu Nabi saw sebagai Mahaguru dakwah.
HipHop, R&B adalah muzik kaum Blacks (kulit hitam) di USA. Imej HipHop sebenarnya adalah anti establishment dan melambangkan ilhad (atheis) dan hedonis (budaya meruntuhkan agama), manakala R&B (Rythm and Blues) juga adalah lambang musik kaum kulit hitam. Manakala penyanyi Ronan Keating juga tiada kaitan dgn dakwah Islam.
Pertanyaan kedua:
Jawab:
Hukum nasyid dan sekarang dikatakan pula Nasyeed Islami) adalah diperselisihkan. Dengan kata lain tidak terdapat suatu hukum yg muktamad.
Pendapat yg menolaknya kerana ia adalah lanjutan tarian dan nyanyian kaum Sufi di zaman silam. Antara para Imam yg menolak nyanyian kaum sufi atau nasyid ialah Syaikhul Islam Ibn Taymiyah (alIstiqamah: 1/373; Majmoo' Fatawa: 11/587), muridnya alHafeedz Ibn Qayyim aljauzea (Madareej asSaalikin: 1/485; Zaad alMa'ad: 4/352; Ightasah alLahafan..Alasan utama Imam-Imam Salafiyah ini ialah Nasyeed dan nyanyian hakiki dan paling bagus dan paling menyentuh qalbu ialah nanyian alQur:an. Dalil: terjemahan ayat:
"Dan apabila mereka mendengar alQur:an, kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata.." AQ 5:83
Ulama' kontemporer spt AlAlbani (Tahrim alatith Tharbi) memberi alasan mendengar nasyieed akan menutup alQur:an
Dalil: AlFurqan: 30 (Ya Rabbi, kaumku telah menjadikan AQ sesuatu yg tidak dipedulikan)
menurut alAlbani apa jua usaha supaya AQ itu tidak diendahkan, maka ia adalah bid'ah.
Fatwa resmi kerajaan Arab saudi dan ulama' salafiah mereka secara keseluruhannya menolak nasyeed Islami sebagai bid'ah Deen (Majallah adDakwah KSA # 1632 (syaikh alFawzan); Syaikh Uthaimeen, (Fatawa Aqidah #369)
Pendapat yg lebih adil dan menasabah dgn zaman kita ialah Fatawa alQardhawi, yg mengharuskan nasyeed jika tidak mengandungi unsur2 negatif. Ini diqiaskan dengan bacaan sya'ir2 di zaman nabi saw mithalnya ketika upacara spt penggalian parit ketika menghadapi perang Khandak (Lihat alQardhawi, Fiqh alGhina' wal Musiqiy, terbitan Maktabah Wahbah, Cairo, 2001, Bab 6 khusus membicarakan bab Nasyeed Islami. Maka menjawab soalan anda berdasarkan pendapat alQadhawi, maka hukumnya adalah Harus (Boleh)..
...........> part 2
BAH KE DUA
Jawapan yg lengkap telah disiarkan di al_Ahkam beberapa kali. Jawapan ini disadur dari Fatawa alQardhawi yg ditemui dalam banyak kitab: Antaranya:
1. Halal & Haram fil Islam (ada terjemahannya melayu dan Indon)
2. Fatawa Mu'asirah (Jld 1 dan 2) sudah diterjemahkan
3. Malameh alMujtama' al Muslim (bab alLahwu wal Funoon) - sudah diterjemahkan
4. al Islam wa Fann sudah diterjemahkan
5. Fiqh alGhina' wal Musiqiy (sudah diterjemahkan)
Kita ulangi sekali lagi secara ringkasan
Dari kitab Hujjatul Islam alGhazali (Ihya' kitab asSima')
Syarat2 yg wajib dipatuhi:
a. penyanyi (penyanyinya bukan fitnah kepada audiens)
b. alat musik (bukan peralatan kaum fasiq)
c. isi lagu dan alunan suara (bebas dari fujar dan maksiat dan mendorong kepada kefasikan)
d. kondisi pendengar (pendengar yg ada nilai baik dan buruk)
e. seni bukan menghalang dari lalai dari tugas dan keta'atan kpd Allah
Dari fatwa alQardhawi
(Fiqh alGhina' wal Musiqiy, Maktabah Wahbah, cairo, 2001)
1. Isi lagu yg tidak bertentangan dgn akidah, syari'at dan akhlak
2. Gaya nyanyian tidak mengundang maksiat
3. Nyanyian tidak dicampuri dgn sesuatu yg haram (alkohol, rokok, bercampuran bebas, narkotik, dan membangkitkan hawa nafsu atau penyanyi latar wanita yg mendedahkan aurat)
4. Tidak berlebihan dalam mengambil nyanyian dan musik
5. Pendengar dan pencinta seni musik yg mampu mengawal diri.
Sabda Nabi saw,"
perbuatan baik adalah yg mampu membuatkan hati tenang, perbuatan jahat adalah yg membuatkan hati gundah sekalipun difatwakan. " HR Ahmad (sahih menurut alAlbani, sahih Jami' asSaghieer)
sila browse arkib alAhkam utk jawapan yg detail atau dapatkan kitab2 yg kita senaraikan itu.
sekian
thtl