SJ-13-0075 : hukum ibadat orang ex-jahil

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0075 : hukum ibadat orang ex-jahil

1) bagaimanakah kedududukan ibadat org yg belum tahu misalnya solat.. adakah die perlu mengqada` solat yg dilakukan dengan tidak benar ketika masih jahil tersebut?
2) apa beza ragu-ragu dengan masih bingung dengan kebenaran? misalnya seorang perempuan ragu-ragu ttg masa sucinya, yg masih belum mantap membezakan antara keputihan dengan sisa darah haid.. itu masih kes was-was atau jahil?
3) maaf sebesar-besarnya kalau soalan diatas sukar difahami, sbb sy pun susah nak tulis ayat yg betul

Re: hukum ibadat orang ex-jahil

:salam

Quote:
1) bagaimanakah kedududukan ibadat org yg belum tahu misalnya solat.. adakah die perlu mengqada` solat yg dilakukan dengan tidak benar ketika masih jahil tersebut?

Dr yusuf al-Qaradhawi ketika menulis di dalam kitabnya Fiqhus siyyam ada memasukkan satu bab mengenai hukum sesuatu ibadat bagi org yg tidak tahu(jahil). Beliau membhgkan kpd 2 jenis jahil:

1. Jahil krn keadaan sekeliling yg membuatkan ilmu tidak sampai kpdnya spt baru masuk Islam atau tinggal berjauhan dari masyarakat Islam.

2. Dan jahil ditengah2 kaum muslimin dan kelalaianya.

Mengenai jenis jahil yg pertama, maka ia dimaafkan. Manakala jahil yg kedua itu, maka ia tetap berdosa dan amalannya terbatal(Sekiranya melakukan sesuatu yg membatalkan ibadat tertentu) krn kelalaiannya(al-Majmu'; Imam Nawawi)

Adapun mengenai mengqadha'kan solat, fuqaha' berbeza pendpt mengenai mengqadha' solat selain krn terlupa, terlepas waktu tanpa sengaja etc. Jumhur termasuk Syafi'iyyah mengatakan solat itu wajib diqadha'. Jumlahnya hendaklah diperkirakan berdasarkan ijtihadnya sendiri. golongan minoriti mengatakan tidak ada qadha' utknya. Dia menanggung dosa besar dan wajib ke atasnya dirinya bertaubat dgn sebenar2 taubat. Antara yg berpendpt sedemikian ialah Imam Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim dan lain2 lagi. WA.

Quote:
2) apa beza ragu-ragu dengan masih bingung dengan kebenaran? misalnya seorang perempuan ragu-ragu ttg masa sucinya, yg masih belum mantap membezakan antara keputihan dengan sisa darah haid.. itu masih kes was-was atau jahil?

Kemantapan utk mengenali sesuatu itu bergantung kpd ilmu pada diri seseorang. Dalam hal di atas, sdr hendaklah belajar dg nbertanya kpd yg mengetahui agar mereka dapat menujukkan beza antara darah haid dan juga keputihan. Pembacaan boleh juga membantu. Tetapi, pembacaan disusuli dgn praktikal itulah yg terbaik dan cepat.

Apabila pembelajaran telah dilakukan, dan dapat dibezakan setelah proses menuntut ilmu itu, dan tiba2 tidak lama selepas itu, sdr tidak dapat membezakannya atau tidak pasti, maka pada ketika itu sdr dihinggapi penyakit was2 yg ditiup oleh syaitan.

wassalam

Re: SJ-13-0075 : hukum ibadat orang ex-jahil

JKK ustaz G@y@t.

خيرالأمين