Assalammualaikum...
Urmm...saya adalah seorang lelaki yang mempunyai masalah utk berhenti melakukan satu perbuatan keji sejak dulu lagi....sejak dulu saya terdedah dgn perbuatan onani...bayangkan sejak darjah 3 saya dah pandai onani....sampai sekarang saya tak mampu nak berhenti lagi....sepanjang hidup saya...saya dah cuba macam2 utk berhenti...tapi setiap kali nak berhenti saya gagal...pernah saya menangis...tapi lepas tu tetap melakukannya...saya dah buntu...sampai satu tahap saya telah bersumpah dgn nama Allah saya tak nak melakukannya lagi...dgn harapan saya boleh tahan diri saya dgn sumpah itu....tapi saya tetap gagal lagi...saya dah langgar sumpah tersebut....persoalan saya di sini...adakah sekarang saya sudah berhutang dgn Allah dua bulan puasa....sbb saya macam pernah terdengar yang sumpah berkaitan dgn maksiat tidak di kira...benarkah begitu.....harap ustaz di al-ahkam dapat bantu saya....terima kasih....
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-13-0084 : Sumpah
Primary tabs
Sun, 27/02/2005 - 11:20pm
#1
SJ-13-0084 : Sumpah
:wassalam
Jawab
Sumpah semacam ini TIDAKLAH DIKIRA. Kerana ia datang dari orang yg keliru. Dalilnya: " Ummatku dima'afkan kerana kekeliruan dan kelupaan serta apa yg dipaksakan ke atasnya." (Ibn Majah dan disahihkan oleh alHakim dalam alMustadrak: 2/198)
Ubat kepada Onani bukanlah sumpah melainkan spt berikut:
1. mengetahui bahawa Onani adalah melanggar hukum Allah (Dalil: AQ 23: 1 dan 5 (beruntunglah orang2 mukmin, ...yaitu orang2 yg menjaga KEMALUANNYA.")
2. menjauhi segala rangsangan seksual spt VCD/DVD lucah yg banyak dlm pasaran
3. menjauhi surfing websites lucah di Internet
4. sibukkan diri dgn aktiviti sihat spt sukan disebelah petang dan letihkan badan dgn sukan
5. kurangkan makanan yg berkalori tinggi spt KFC, Pizza Hut
6. Bergabung dgn jama'ah Islam atau NGO yg memartabatkan Islam sebagai way of life atau berkawan dgn pemuda2 yg soleh
7. Banyakkan berpuasa (cth: isnin dan khamis) kerana puasa adalah perisai
(alhadis)
8. Jurnal perubatan membuktikan Onani yg melampau akan menjejaskan kehidupan seks anda nanti dgn bahaya premature ejaculation (cepat terpancar air mani) dan mati pucuk serta melemahkan akal dan juga saraf dan tenaga.
9. Sebagai menebus kekeliruan anda dlm bab sumpah memadai dgn melakukan taubat nasuha.
sekian