SJ-13-0087 : Status dan Penerangan Hadis

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0087 : Status dan Penerangan Hadis

:salam

Tolong berikan huraian, penjelasan dan status hadis ini....

ãÇÁ ÒãÒã áãÇ ÔÑÈ áå

Sekian, :wassalam

Re: Status dan Penerangan Hadis

Transliterasi:

Maa'u ZamZam limaa syuriba lahu

maksud: " Air ZamZam (berkhasiyat) menurut Niyat peminumnya."

Hadis ini dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah (lMusanif 8/95), Ahmad (alMusnad: 3/357), Ibn Majah, asSunan, bab alManasik 3062; alBaihaqee, Sunan alKubra 5/148; al'Uqaili dalm adDhu'afaa': 2/302; alKhatib alBaghdadi: Tarikh Baghdad: 3/149)

Jalur: Dari Abdullah bin alMu'ammal dari Abu adZubair dari Jabir ra.

Status Hadis: Hadis yg diperselisihkan kerana perawinya yg kontroversi: Abdullah bin alMu'ammal.

Hadis ini disahihkan oleh alAlbani Sahih Ibn Majah 2/183 dan alIrwa' 4/320

Ia disahihkan oleh alHafeedz alSyuyuti (alHasyiah)
Komentar alhafeedz Ibn Hajar Asqolani, hadis ini dapat dijadikan hujah

Huraian Hadis:

Ia dapat diikuti dalam hadis Jabir versi Ibn Majah secara penuh.

Matan penuh hadis Ibn Majah dari Jabir ra:

" Air Zamzam itu mengikut niat peminumnya.. Maka jika engkau meminumnya utk menyembuhkan penyakit, maka Allah akan sembuhkan penyakit itu; jika engkau minum utk memohon perlindungan, maka Allah akan melindungi dikau; jika engkau minum utk menghilangkan dahaga engkau, maka Allah akan hilangkan dahaga engkau; jika engkau minum utk mengenyangkan , maka Allah akan kenyangkan dikau, ini kerana air Zamzam itu adalah air dari telaga yg digali Jibril AS dan minuman segar dan nyaman utk Ismail ."

Imam alKhatib alBaghdadi ketika dia menunaikan fardhuHaji, lantas dia teringat hadis ini lalu berniat dan memohon tiga permintaan ketika meneguk air Zamzam, maka Allah mengambulkan ketiga-tiga permintaannya.

Komentar Imam Nawawi mengenai hadis ini:

Meminum air Zamzam dgn cara berniat adalah amalan para Ulama' dan orang2 yg baik2, mereka berjaya mencapai apa yg mereka niatkan.

:aklam