Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah umi pernah terbaca satu kitab menyebut nama Nabi Seth dan juga Nabi Yusak sebagai antara 25 Rasul dan di sebuah kitab lain pula sebut Nabi Zulkifli dan Nabi Illyasa'. Nama 23 orang lagi sama cuma dua tu. Jadi harap syeikh-syeikh dapat berikan penerangan lanjut serta penjelasan tentang perkara tersebut. Jazakallahukhairon katsiro.
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
wa'alaikumussalam wrt wbrt
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan Ummi dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Menurut sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban didalam Sahihnya bahawa Abi Zarr al-Ghifaari berkata :
Menurut bekas Pengerusi fatwa al-Azhar, Syiekh Atiyah Saqr :-
Berikut adalah 6 orang Nabi (tidak termasuk Nabi Muhammad :saw) yang tidak disebut didalam surah al-An'am :-
1. Adam (Al-Baqarah 2:31), 2. Syu'aib (Al-'Araaf 7:85), 3. Idris (Mariam 19:56), 4. Hud (Hud 11:50), 5. Saalih (Al-'Araaf 7:73) dan Zulkifli (Al-Anbiyaa' 21/85).
Syeikh Muhammad ibn Ibrahim al-Tuwaijri mengatakan bahawa :-
Nabi Seth dan Nabi Yusak tidak dinyatakan didalam al-Quran, dan ia dibincangkan didalam tafsir2 al-Quran oleh ulama' tafsir.
Didalam Tafsir Tabari (1/324) ada menyebut : Muhammad ibn Ishaq berkata : Apabila hampir mati, Adam as telah membuat komitmen dengan anaknya Nabi Seth dan mengajarnya mengenai waktu siang dan malam. Dia juga mengajar cara beribadat pada masa itu. Nabi Seth dikatakan penggantikan Nabi Adam. Didalam kesemua anak2 Adam, cuma Nabi Seth yang mati tanpa meninggalkan anak. WA.
Ibn Kathir mengatakan bahawa Nabi Yusak bin Nuh merupakan seorang pahlawan yang hidup selama 127 tahun. Ulama' Tafsir mengambil cerita Israeliyat bagi menjelaskan kisah Yusak. Yusak dikata merupakan teman Nabi Musa ketika bermusafir mencari seorang lelaki soleh yang duduk diantara 2 lautan (Surah al-Khafi:60-82). Beliau dikatakan telah menganti kenabian dari nabi Musa as.
Kesimpulannya, jumlah Nabi yang 25 orang yang sahih namanya disebut didalam al-Quran adalah termasuk Nabi Ilyasak (al-An'am 6:86) dan Nabi Zulkifl (Al-Anbiyaa' 21/85). :aklam
wassalam
===============
Rujukan
1. Syiekh Atiyah Saqr. ÚÏÏ ÇáÃäÈíÇÁ æÇáãÑÓáíä. URL : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=9489
2. Syeikh Muhammad ibn Ibrahim al-Tuwaijri. ÇáÅíãÇä ÈÇáßÊÈ æÇáÑÓá. URL : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=10468&dgn=4&dgn=2
خيرالأمين