:salam
semoga kita semua di bawah keredhaan Allah.saya ada beberapa soalan:
1.betulkah meluruskan rambut(daripada kerinting) itu dikira mengubah ciptaan Allah?
2.apakah perbezaan antara loteri dengan cabutan bertuah?adakah loteri itu memerlukan pembayaran sebelum cabutan?tak gitu?
3.berdasarkan pada soalan 2,kawan saya telah mendapat euro 80000(betul!) setelah memenangi loteri daripada Yahoo!,sedangkan dia tidak membelanjakan apa-apa pun.untuk pengetahuan Tuan,loteri ini ditaja oleh Ratu Elizabeth dan surat khabar Daily Times.sekarang,dia keliru dengan perkara tersebut.adakah ini cabutan bertuah atau tidak?Apa pendapat Tuan semua?
Segala kerjasama Tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
:wassalam
Jawab:
1. Benar sekali. AQ 4: 119 (dan aku (syaithan) akan menyuruh mereka merobah ciptaan Allah dan mereka benar2 merubahnya..)
Dr Qardhawi (Halal&Haram fil Islam) berkata, apa jua operasi kecantikan yg bertujuan menipu, mengelabui orang dan merubah ciptaan Allah adalah ditegah. Jika asalnya dia berabut kerinting, maka jika diluruskan, maka dia telah merubah ciptaan asal itu.
2. Loteri vs cabutan bertuah
Jawab: Kedua-duanya sama sahaja kerana loteri juga adalah cabutan bertuah, di mana nombor si fulan itu telah terpilih dan tiket dia juga dianggap bertuah. Untuk mendapat tiket bertuah, si fulan itu hendaklah membeli tiket di kaunter jualan loteri. hasil jualan tiket itu dikumpulkan dan pemenang akan diundi dan jika nombornya naik, maka dia adalah pemenang. Cabutan bertuah pula si fulan akan membeli barangan di supermarket katakan minima RM 50 ke atas dan resit pembeliannya akan di masukkan dalam sebuah tong besar. Kemudian bila tarikh ditutup, maka resit itu dicabut dari tong besar itu dan pemenangnya dianggap pemenang bertuah (kekadang menang kereta dan TV Plasma) (Fatawa Dr Qardhawi, fatawa Mu;asirat Jld 2)
3. Loteri yg ditaja oleh Ratu Elizabeth dan Daily Express itu adalah skim loteri tipu internet. Ada banyak skim atau scam internet spt ini. Maka hendaklah dihubungi kedutaan British di KL utk pengesahan. Untuk pengetahuan tuan, tidak ada manusia yg dapat free Euro 80,000 (RM 300,000) secara percuma). No such thing as free lottery winner (Tiada apa yg dinamakan pemenang loteri percuma di internet) Bila sebut loteri, ia adalah skim syaitan dan syaitan bersifat menipu manusia dan memanjangkan angan2nya.
:aklam