SJ-13-0109 : Sunat pada menamakan anak

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0109 : Sunat pada menamakan anak

Mohon ahli panel tahqeeq hadis dibawah,

1)Sabda rasulullah ertinya: Jika seseorang dikaruniai empat orang anak lelaki tetapi tidak menamakan satupun dari anak-anaknya itu dengan namaku, berarti dia telah membenciku. Al-Kafi-hadis ke-6(Tarbiyatul Aulad)

Dan sedikit persoalan, menurut sesetengah ulama' syafie, menamakan anak dengan nama Muhammad adalah sunat, bagaimana pula dengan pandangan madzhab lain.

2)Dan sedikit soalan tambahan, maaf kalau tidak sesuai untuk menyoalnya disini. Apakah sunat hukumnya menamakan anak pada hari ke 7, ana tidak menemui sebarang hadis berkenaan perkara tersebut setakat ini, minta bantuan panel dan juga sahabat.

wassalam

SJ-13-0109 : Sunat pada menamakan anak

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. kami akan cuba menjawab soalan sdr elfadil dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

1. Yang dikatakan hadith :

ãä æáÏ áå ÃÑÈÚ ÃæáÇÏ áã íÓãø ÃÍÏåã ÈÇÓãí ÝÞÏ ÌÝÇäí
"Jika seseorang dikaruniai empat orang anak lelaki tetapi tidak menamakan satupun dari anak-anaknya itu dengan namaku, berarti dia telah membenciku"

merupakan hadith Syiah dan al-Kafi merupakan kitab hadith Syiah yang besar dan mempunyai banyak hadith2 yang dipalsukan. Berhati-hati didalam pengambilan hadith2 ....

Bukan sahaja memberi nama anak dengan nama Muhammad merupakan sunnah, malahan menggunakan nama2 Nabi yang lain juga merupakan nama2 yang baik digunakan didalam Islam. Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Markas Dr Abdullah al-Faqih, dimana seorang bertanya ; apakah dibolehkan menamakan anak dengan nama Adam, beliau menjawab :

ÝáÇ ãÇäÚ ÔÑÚÇ ãä ÊÓãíÉ ÇáãæáæÏ ÈÇÓã ÂÏã Ãæ ÛíÑå ãä ÃÓãÇÁ ÇáÃäÈíÇÁ¡ Èá Åä Ðáß ãä ÇáÓäÉ¡ áÃäå ãä ÊÍÓíä ÇáÃÓãÇÁ ÇáãØáæÈ ÔÑÚÇ ßÚÈÏ Çááå æÚÈÏ ÇáÑÍãä æãÍãÏ æÃÓãÇÁ ÇáÃäÈíÇÁ æÇáÕÍÇÈÉ æÇáÕÇáÍíä..
"Tidak ditegah oleh syariat menamakan anak dengan nama Adam atau lain2 nama dari nama2 para Nabi2, bahkan ianya adalah sunnah, kerana sesungguhnya memberi nama yang baik merupakan perkara yang dituntut didalam syariat Islam, seperti Abdullah, Abdul Rahman, Muhammad, Nama Nabi2, Nama para2 sahabat dan juga Nama orang2 Soleh.." [Markas fatwa Dr Abdullah al-Faqih, no fatwa : 51390]

Telah diriwayat oleh Imam Ahmad, bahawa Nabi :saw bersabda :

ÊÓãæÇ ÈÃÓãÇÁ ÇáÃäÈíÇÁ¡ æÃÍÈ ÇáÃÓãÇÁ Åáì Çááå ÚÒ æÌá ÚÈÏ Çááå æÚÈÏ ÇáÑÍãä¡ æÃÕÏÞåÇ ÍÇÑË æåãÇã¡ æÃÞÈÍå ÍÑÈ æãÑÉ. æÈÚÖå Ýí ÕÍíÍ ãÓáã ÈáÝÙ: Åä ÃÍÈ ÃÓãÇÆßã Åáì Çááå ÚÈÏ Çááå æÚÈÏ ÇáÑÍãä.
"Mereka dinamakan dengan Nama2 para Nabi, nama yang terbaik disi Allah azzawajalla adalah Abdullah dan Abdul Rahman, dan yang dipercayai adalah Harith orang yang mencari kehidupan atau orang yang rajin bekerja) dan Hammam (orang yang bercita-cita tinggi atau berazam terus menerus)., dan yang terburuk adalah Harb (perang) dan marrah ('satu detik/masa')." Didalam Sahih Muslim menyebut : "Sebaik2 Nama kamu disisi Allah adalah Abdullah dan Abdul Rahman"

Selain daripada itu, memberi nama dengan nama Muhammad itu mengandungi beberapa kelebihan yang tinggi dan membawa keberkatan, di antaranya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas, bahawa pada Hari Kiamat malaikat memanggil: "Bangunlah orang yang namanya Muhammad dan masuklah ke dalam syurga, kerana memuliakan Nabi Muhammad :saw" (I‘ânah at-Thâlibîn 2/337, Hasyiah al-Bajuri 2/305 dan Mughni al-Muhtâj 4/371)

Kesimpulannya, menamakan nama anak dengan nama2 yang baik merupakan satu sunnah Nabi :saw. Sebagai contoh, cucu2 Nabi diberi nama Hasan dan Husein. Termasuklah nama 'Abdu' yang digabungkan dengan nama2 Allah seperti Abdullah, Abdul Rahman Abdul Hadi, Abdul Ghani dsb. Begitu juga nama2 para Nabi; Adam, Daud, Ibrahim dan juga nama2 para sahabat. Sunnahnya adalah memberi nama anak dengan nama yang baik. Didalam sebuah hadith ada menyebut bahawa Nabi bersabda : "Sesungguhnya kamu dipanggil pada Hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, dari itu elokkanlah nama-nama kamu." (Hadith riwayat Abu Daud dan Ahmad).

2. Hadith menamakan anak pada hari ke 7.

Diriwayatkan bahawa A'isyah ra. telah berkata :-

ÚÞ ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã Úä ÇáÍÓä æÇáÍÓíä íæã ÇáÓÇÈÚ æÓãÇåãÇ
"Rasulullah :saw melakukan aqiqah bagi al-Hasan dan al-Husein pada hari ke 7, dan memberikan mereka nama" [Hadith Riwayat Ibn Hibban 12/127, al-Haakim 4/264, di kelaskan sebagai sahih oleh al-Hafiz Ibn Hajar didalam Fath al-Baari 9/589].

Telah diriwayatkan bahawa Samurah ibn Jundub telah berkata :

ßá ÛáÇã ãÑÊåä ÈÚÞíÞÊå ¡ ÊÐÈÍ Úäå íæã ÓÇÈÚå ¡ æíÓãì Ýíå ¡ æíÍáÞ ÑÃÓå
"Rasulullah :saw bersabda :'Seorang anak lelaki tertangguh keatas aqiqahnya. Korban hendaklah dilakukan untuknya pada hari ke 7, dia hendaklah diberi nama dan kepalanya di cukur'" [Hadith riwayat al-Tirmudzi #1522, al-Nasaai #4220 dan Abu Daud #2838].

:aklam, wassalam

خيرالأمين