SJ-13-0124 : Batu tergantung di Palestin??

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0124 : Batu tergantung di Palestin??

:salam

Saya nak tanya asal cerita batu tergantung tu.

Yang saya dapat:
Sewaktu peristiwa isra' mikraj, ketika RAsulullah saw nak berangkat ke langit menaiki buraq, batu tempat rasulullah pijak tu nak ikut sekali. Rasulullah kata tak boleh. Batu tu nak ikut juga. Tapi RAsulullah tak bagi. Akhirnya batu tu berhenti dari mengikuti Rasulullah dan tak mahu turun ke bawah. Maka, tergantunglah ia hingga sekarang.

Batu tu dicover dek bangunan (Qubbah al-sakhra) sebab byk berlaku kejadian aneh/ajaib lantaran niat jahat kaum yahudi mahu mengapa2kan batu tersebut...

itulah yg diberitahu kepada saya masa saya budak2 dulu. Boleh kalian yg arif tentukan kesahihan cerita ni?

wAllahu a'lam

SJ-13-0124 : Batu tergantung di Palestin??

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba repon dengan kemampuan yang ada, Insyaallah.

Benar kata shahnor77, cerita pasal batu yang dikatakan tergantung ini popular dikalangan kita. Menurut Professor Abdul Ma'ruf, pensyarah Daurah Ulum Masjid al-Aqsa, batu ini telah menjadi kiblat kepada Nabi2 dikalangan Bani Israel sebelum Nab Muhammad :saw. Mereka (kaum Yahudi) mendakwa (tidak sahih) bahawa Nabi :saw naik keatasnya sebelum Mi'raj ke langit pada malam Isra' & Mi'traj. Dibawahnya terdapat go'a yang kecil yang diberi nama Gua Arwah yang tidak ada apa-apa kelebihan didalam Islam.

Ulama2 Islam telah menafikan perkaitan mengenai kelebihan batu tersebut. Syiekh Nasyiruddin al-Albani mengatakan :- "Kelebihan Masjid al-Aqsa bukanlah kerana batu, apa yang dinyatakan tidak ada nilai untuknya, dan tidak sekali2 dari sudut saintifik, kemuliaannya bukanlah dimuliakan oleh syara', dan tidak diagungkan syara'"

Ulama' berpendapat bahawa Masjid al-Aqsa yang dimaksudkan didalam peristiwa Isra' dan Mi'raj itu adalah keseluruhan kawasan suci tersebut, termasuklah sekarang ini yang dipanggil masjid al-Aqsa dan Qubatul Sakhra'.


[garis merah menunjukkan kawasan 'masjid al-aqsa']

Menurut Ibn Taimiyah rh :-

ÝÇáãÓÌÏ ÇáÃÞÕì ÇÓã áÌãíÚ ÇáãÓÌÏ ÇáÐí ÈäÇå ÓáíãÇä Úáíå ÇáÓáÇã ¡ æÞÏ ÕÇÑ ÈÚÖ ÇáäÇÓ íÓãí ÇáÃÞÕì ¡ ÇáãÕáì ÇáÐí ÈäÇå ÚãÑ Èä ÇáÎØÇÈ Ýí ãÞÏãÊå . æÇáÕáÇÉ Ýí åÐÇ ÇáãÕáì ÇáÐí ÈäÇå ÚãÑ ááãÓáãíä ÃÝÖá ãä ÇáÕáÇÉ Ýí ÓÇÆÑ ÇáãÓÌÏ ¡ ÝÅä ÚãÑ Èä ÇáÎØÇÈ áãÇ ÝÊÍ ÈíÊ ÇáãÞÏÓ æßÇä Úáì ÇáÕÎÑÉ ÒÈÇáÉ ÚÙíãÉ áÃä ÇáäÕÇÑì ßÇäæÇ íÞÕÏæä ÅåÇäÊåÇ ãÞÇÈáÉ ááíåæÏ ÇáÐíä íÕáæä ÅáíåÇ ¡ ÝÃãÑ ÚãÑ ÈÅÒÇáÉ ÇáäÌÇÓÉ ÚäåÇ ¡ æÞÇá áßÚÈ : Ãíä ÊÑì Ãä äÈäí ãÕáì ááãÓáãíä ¿ ÝÞÇá : ÎáÝ ÇáÕÎÑÉ ¡ ÝÞÇá : íÇ ÇÈä ÇáíåæÏíÉ ! ÎÇáØÊß ÇáíåæÏíÉ ¡ Èá ÃÈäíå ÃãÇãåÇ ÝÅäø áäÇ ÕÏæÑ ÇáãÓÇÌÏ
"'Masjid al-Aqsa adalah keseluruhan kawasan masjid yang dibina oleh Nabi Sulaiman as. Beberapa orang telah memberi nama al-Aqsa kepada tempat solat yang dibina oleh Umar al-Khattab ra yang dihadapannya. Bersolat pada masjid yang dibina oleh Umar bagi orang Islam adalah lebih baik, dari bersolat dimasjid yang selainnya, kerana apabila Umar menakluki Jerusalem (baitul Maqdis), terdapatnya pembuangan sampah yang besar diatas batu tersebut, semenjak orang2 Kristian hendak menunjukkan rasa tidak puashati terhadap tempat dimana orang Yahudi bersolat. Maka Umar memerintahkan agar sampah dibuang dan berkata kepada Ka'b : 'Dimana kamu rasakan kita perlu membina tempat untuk orang Islam bersolat?' Dia berkata 'belakang Batu'. Umar berkata :'Ya anak kepada wanita Yahudi! Adakah anda terpengaruh dengan idea Yahudi anda! Bahkan aku akan membina bangunan dihadapannya" [Majmu’at al-Rasaa’il al-Kubra, 2/61]

Apakah batu ini tergantung?

Menurut Prof Dr Tala'at Muhamad Afifi, dari Universiti al-Azhar berkata :

æÞÈÉ ÇáÕÎÑÉ áíÓÊ ãÚáÞÉ ÈÇáåæÇÁ ßãÇ æÑÏ Ýí ÇáÓÄÇá æÅäãÇ áåÇ ÍÇÝÉ ÊãÊÏ ÈÚíÏÇð Úä ÞÇÚÏÊåÇ ÈÍíË íÊÎíá ÇáÔÎÕ ÃäåÇ ãÚáÞÉ.
"Qubatul Sakhra' itu bukanlah terapung diatas udara sebagaimana yang dinyatakan didalam soalan, akan tetapi hujungnya luas dari tapaknya yang menjadikan ianya tergantung"

Kesimpulannya, cerita Batu yang tergantung itu merupakan cerita2 israiliyyat. Ulama' mengatakan bahawa orang Yahudi sengaja ingin mewarwarkan mengenai Qubatul Sakhra' agar orang Islam dapat melupakan Masjid al-Aqsa yang dipercayai merupakan tapak masjid yang dibina oleh Nabi Sulaiman yang ingin mereka kuasai. :aklam

wassalam
=======
Rujukan :

1. Professor Abdul Ma'ruf. ÊÓÊØíÚ ÇáÇä Çä ÊÊÚÑÝ Úáì " ÇáãÓÌÏ ÇáÇÞÕì ". URL : http://www.hamasna.com/quds11.htm

2. Ibn Taimiyah. Majmu’at al-Rasaa’il al-Kubra - 2. ms 61

3. Dr Tala'at Muhamad Afifi. Fatwa Online. URL : http://www.islamonline.net/livefatwa/arabic/Browse.asp?hGuestID=uxFDUJ

خيرالأمين