SJ-13-0127 : diorang benar atau diorang benar saya salah?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0127 : diorang benar atau diorang benar saya salah?

telekung kalau nampak warna kulit atau bayang badan (tangan, kaki, badan dll) itu tak sah dibawa sembahyang, betul? saya yakin itu adalah benar.. dulu,kawan-kawan datang rumah nak tumpang solat, saya pernah cakap secara tidak langsung tentang hal tersebut, but sptnye diorang tak ambik kisah sangat. dan pendapat masing-masing tentang tahap ke`see-through`an kain telekung juga berbeza.selang beberapa waktu.. misalnya enam bulan.. saya tidak tahu kalau diorang dah boleh faham ke tidak akan hal tersebut.. so bile diorang nak tumpang solat, saya pun tak ingatkan diorang yang telekung saya agak jarang (pada saya).. dan saya merasa bersalah ditambah rasa..`diorang nak ikut ke kalau aku cakap`.. oh my god.. this small thing or (is it a big thing?) betul-betul buat saya gelisah.. `solat mereka sah ke tak sah? saya yang tanggung dosa`..

1) ape perlu saya buat? dah dua hari bende ni berlaku.. kalau pun mmg saya yg betul.. adalah saya perlu mengatakan to all my friends... `you guys kena qada` solat balik, sbb telekung aku nipis`.. ini bukan hal yang mudah bagi saya yang merasa diri sedang tak berdaya saat ini.. pls help me on this..

2) ini soalan psikologi atau mmg terkait dgn al-ahkam:
kenapa saya kadang-kadang merasa gelisah tanpa sebab? saya merasa saya berbuat dosa, tapi saya tak nampak cara nak bertaubat, kadang-kadang my inner self membuat alasan itu dan ini untuk menambah beban atau malah membuat saya merasa tidak melakukan kesalahan.. perasaan ini timbul jika saya merasa berbuat salah, one i feel guilty, my feeling jadi tak tentu arah.. susah nak kusyuk dalam solat dan zikir, berat nak baca quran dll, saya sering memendam rasa ini walaupun punya access dgn banyak indvidu yang berilmu kerana saya merasa sangat terhape-hape dan benar-benar merasa diri sedang dipermainkan oleh sesuatu.. what happen to me actually? sindrom ni common or incommon?

-tengah gelisah tanpa sebab atau ada sebab?-

SJ-13-0127 : diorang benar atau diorang benar saya salah?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan hijaugreen dengan kadar yang termampu, Insyaallah.

1. Mengetahui skop keupayaan anda.

Apa yang kami lihat disini ialah skop nasihat anda sudah memadai. Cukup dengan memberitahu bahawa kesempurnaan solat seseorang itu juga bergantung sangat dengan kesempurnaan menutup aurat. Tidak perlulah mengingatkan berkali-kali dan anda terpaksa berfikir mengenai apakah yang akan terjadi dengan solat mereka yang berkeadaan demikian. Nasihat anda itu sudah mencukupi.

Langkah seterusnya : sediakan pakaiaan solat (telekung dsb) yang tidak transparent. Tugas anda sebagai tuan rumah ialah mengingatkan mereka tentang masuk waktu solat dan menyedia tempat untuk bersolat. Dengan mengetahui skop anda, tidak perlu lagi rasa gusar mengenai apa yang akan terjadi dengan solat mereka..... INGAT...rasa resah inilah yang paling disukai oleh Syaitan.!

Sentiasa merasakan bahawa Allah swt tidak membebankan hambanya dengan tanggung-jawab yang melebihi kemampuannya. Firman Allah swt :-

áóÇ íõßóáøöÝõ Çááøóåõ äóÝúÓðÇ ÅöáøóÇ æõÓúÚóåóÇ áóåóÇ ãóÇ ßóÓóÈóÊú æóÚóáóíúåóÇ ãóÇ ÇßúÊóÓóÈóÊú
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. " [al-Baqarah : 286]

2. Manusia tidak memikul dosa orang lain.

Agama Islam bukan seperti Kritian dimana seseorang itu menebus dosa orang Islam. Orang Islam tidak dibebankan dengan dosa-dosa yang dilakukan oleh orang lain. Firman Allah swt :-

Þõáú ÃóÛóíúÑó Çááøóåö ÃóÈúÛöí ÑóÈøðÇ æóåõæó ÑóÈøõ ßõáøö ÔóíúÁò æóáóÇ ÊóßúÓöÈõ ßõáøõ äóÝúÓò ÅöáøóÇ ÚóáóíúåóÇ æóáóÇ ÊóÒöÑõ æóÇÒöÑóÉñ æöÒúÑó ÃõÎúÑóì Ëõãøó Åöáóì ÑóÈøößõãú ãóÑúÌöÚõßõãú ÝóíõäóÈøöÆõßõãú ÈöãóÇ ßõäúÊõãú Ýöíåö ÊóÎúÊóáöÝõæäó
"Katakanlah: (Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dialah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Dia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya." - (Surah al-An`am 6:164)

ãóäö ÇåúÊóÏóì ÝóÅöäøóãóÇ íóåúÊóÏöí áöäóÝúÓöåö æóãóäú Öóáøó ÝóÅöäøóãóÇ íóÖöáøõ ÚóáóíúåóÇ æóáóÇ ÊóÒöÑõ æóÇÒöÑóÉñ æöÒúÑó ÃõÎúÑóì æóãóÇ ßõäøóÇ ãõÚóÐøöÈöíäó ÍóÊøóì äóÈúÚóËó ÑóÓõæáðÇ
"Sesiapa yang beroleh hidayat petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja) dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah)." - (Surah Al-Israa' 17:15)

Nasihat kami : perbaiki diri kita. Usah gusar dengan slogan2 bahawa kiat akan memikul dosa2 yang dilakukan oleh kawan-kawan kita.

3 Kaedah pencegahan didalam Islam

Dengan mengetahui skop pencegahan kemungkaran didalam Islam juga, Insyaallah dapat melegakan kegusaran yang dihadapi oleh pihak anda.

Sabda Nabi :saw :

ãä ÑÃì ãäßã ãäßÑÇð ÝáíÛíÑå ÈíÏå , ÝÅä áã íÓÊØÚ ÝÈáÓÇäå , ÝÅä áã íÓÊØÚ ÝÈÞáÈå æÐáß ÃÖÚÝ ÇáÅíãÇä
"Barangsiapa melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mmerubah dengan Tangannya, maka jika dia tidak mampu, maka merubahlah dengan lisanNya, dan jika dia tidak mampu, maka merubahlah dengan Lidahnya, dan itulah selemah-lemah Iman" [Riwayat Muslim #49]
------------------

Concern anda itu sendiri sudah menunjukkan ada satu Imam yang kuat didalam diri anda. Gunakannya kearah kebaikkan, bukan untum memusnahkan diri anda dengan melayan pelbagai perasaan yang datang. Ingat, ulang-tayang yang datanag kemudian itu merupakan teknik-teknik syaitan agar menghilangkan kelazatan beribadat kita kepada Allah swt. Berhenti dari mendengar bisikan-bisikan ini. Katakan pada bisikan ini : Tugas aku telah selesai. Apabila timbul lagi perasaan ini : Minta perindungan dari allah swt, mohon banyak2 keampunan darinya. Selami maksud hadith ini :-

Åä Çááå ÚÒ æÌá ÊÌÇæÒ áÃãÊí ãÇ æÓæÓÊ Èå æÍÏËÊ Èå ÃäÝÓåÇ ãÇ áã ÊÚãá Ãæ ÊÊßáã Èå
"Sesungguhnya ALLAH telah mengampunkan dosa UmatKu yang dibisikkan kepada mereka dan apa-apa yang terlintas difikiran mereka, selama mana mereka tidak melakukannya atau bercakap mengenainya" [Hadith riwayat al-Bukhari #6664, Muslim #127].

Beberapa tip dari bekas Mufti Besar Arab Saudi. Syiekh Ibn Utsaimin (Majmu' Fataawa wa Rasaa’il, 1/57-60) :-

1. Mohon perlindungan Allah dan buangkan fikiran2 ini sepenuhnya, sebagaimana arahan Nabi :saw.
2. Ingat pada Allah dan kawal diri anda, dan tidak meneruskan berfikir mengenai bisikan2 tersebut.
3. Sibukkan diri anda dengan beribadat dan melakukan perkara kebajikan, ta'at pada Allah dan memohon perlindungannya.Apabila anda menyibukkan diri anda dengan Allah, maka anda akan lupakan bisikan itu, Insyaallah.
4. Sentiasa memohon perlindungan dari Allah dan berdo'a kepada Allah agar dibebaskan dari bisikan2 ini.

Sekian, wassalam

خيرالأمين