:salam
Ahli Panel yang dihormati :8:
Saya ingin bertanya perkataan ini, saya tak pasti adakah ianya hadith, atau hanya kata2 ulama'. Kalau sekiranya ianya hadith, boleh tak dinyatakan statusnya dan siapakah perawinya.
Abdullah Ibnu Mas'ud Radhiallaahu anhu berkata, "Sesungguhnya seorang mukmin melihat dosanya ibarat kalau dia sedang duduk di bawah gunung dan takut kalau gunung itu runtuh menimpanya. Sedangkan seorang fajir (pelaku dosa) melihat dosanya ibarat (melihat) lalat yang terbang di depan hidungnya seraya mengatakan begini."
Sekian, jazaakumullahukhaer ustaz.
:wassalam
alJawab:
Hadith sahih, dikeluarkan oleh alBukhari, hadith # 5833 (cetakan Saudi), dan perawinya adalah Abdullah Ibn Mas'ud ra (w. 32H), sahabat awal Islam dan ahlil Badar, merupakan Qadhi dan mahaguru di Kufah semasa khilafah Umar alKhattab ra. sekian