:salam
Dulu dalam kuliah agama yang saya hadiri, beliau ada menceritakan satu hadith yang mana nabi bertanya para sahabat tentang kesukaan mereka, kemudian nabi pula menceritakan kesukaannya. Mendengarkan hadith ini, para tabiin pula memberitahu kesukaan mereka. Saya ingin mendapatkan hadith ini buat tujuan rujukan, bolehkah ustaz tolong carikan?
Terima kasih...
wa'alaikumussalam.
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan mukminin dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Sukar juga nak mencari hadith ini kerana saudara tidak memberikan matannya... 'Ala kulli hal... saya telah menjumpai hadith yang ada kena mengenai dengan kesukaan Nabi yang diceritakan kepada para sahabatnya.
ÍÏËäÇ ÒåíÑ ¡ ÍÏËäÇ ÚÝÇä ¡ ÍÏËäÇ ÓáÇã ÃÈæ ÇáãäÐÑ ¡ Úä ËÇÈÊ ¡ : Úä ÃäÓ Èä ãÇáß ÞÇá ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã
ÍÈøöÈ Åáíøó ãä ÏäíÇßã ÇáäÓÇÁ æÇáØíÈ ¡ æÌÚáÊ ÞÑÉ Úíäí Ýí ÇáÕáÇÉ
"Dua perkara didunia yang aku sukai adalah Wanita dan Minyak wangi, dan menjadikan menyejuk mata didalam solat"
Hadith ini Sahih, diriwayatkan oleh al-Nasaa'i #3939 dari hadith Anas ibn Malik ra. Ia dikelaskan sebagai sahih oleh al-Hakim 2/174, dan al-Dzhabi bersetuju dengannya. al-Hafiz Ibn Hajar juga mengkelaskan sebagai sahih didalam Fath al-Bari, 15/3 dan 11/345. Al-Albani mengatakan hadith ini Hasan Sahih.
Sekian, wassalam
خيرالأمين