Aslmkm,
Saya adalah seorang hamba Allah yang masih dalam perjalanan menuju dan mencari redha Allah. Namun perjalanan saya menjadi kabur sekarang. Begini, saya sering mengikuti usaha yang dibuat oleh 'Jemaah Tabligh' walaupun sebenarnya tiada nama bagi usaha ini. Saya membuat amalan makami iaitu di kampung tempat saya tinggal dan keluar untuk 3, 40 h dan 4bln lama dah tak keluar, namun saya akan berazam untuk keluar secepat mungkin.
Adalah menjadi sesuatu yang diluar tradisi bagi seorang karkun (gelaran bagi ahli JT) untuk berbincang dalam internet tetapi bagi saya, ada masanya perlu, memandangkan beberapa perkara.
Soalan saya ialah:
Apakah hukumnya seseorang berdakwah menggunakan internet, kaset, risalah, sms dan sebagainya? SAya bertanya kerana saya sering mendengar rakan seusaha saya menyatakan cara ini tidak akan mencapai kejayaan kerana ia tidak mengikut sunnah Nabi s.a.w. Adakah ini benar? Sebab bagi saya dan dalam buku Fadhail Tabligh pada penjelasan bab ayat al-quran pertama sendiri ada menyatakan, mengajak manusia kepada Allah dengan apa cara sekali pun akan mendapat kebaikan dari ayat tersebut. Sebenarnya banyak perkara lagi yang akan saya bincangkan disini, namun saya hanya akan meneruskan jika penjelasan tuan tidak memberat mana-mana pihak. Saya hanya mahu menjalankan usaha dakwah saya dalam keadaan tenang dan tidak ragu-ragu.
Minta maaf dan terima kasih.
:wassalam
alJawab:
JT ni adalah antara jama'ah tertua di dunia. Maka anda kenalah membuat kajian trerhadap jama'ah ini, seputar pengasasnya (Maulana Muhammad Ilyas, Maulana Zakariya), struktur kepimpinannya, manhajnya, apa
objektifnya, kenapa kena pergi India, kitab2 Fadhailnya, sistem
perkaderannya, marhalah2, apa hubungannya dengan gerakan2 lain,
dsbnya. Jika anda nak jadi angguta karkun, enta kena kaji benda2 ni
semua utk memberi sumbangan terbaik kepada karkun. Barulah umur anda yg dilibatkan dengan karkun itu dapat dioptimakan... bukan masuk dan ikut aje..
>
> Soalan saya ialah:
>
> Apakah hukumnya seseorang berdakwah menggunakan internet, kaset,
> risalah, sms dan sebagainya? SAya bertanya kerana saya sering
> mendengar rakan seusaha saya menyatakan cara ini tidak akan mencapai
> kejayaan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~alJawab:
Dakwah memerlukan kepada mad'uu (sasaran dakwah), maka apa yg enta
sebutkan itu spt internet, kaset, risalah, sms dsbnnya adalah media
dakwah atau alat utk menyalurkan materi dakwah itu supaya sampai kepada
sasaran dakwah (audiens).
Media atau saluran dakwah ni adalah harus, termasuk TV, TV Cable dan
kemudahan internet kerana ia sampai kepada sasaran dakwah dengan lebih
pantas, dgn multimedia dan lebih meluas...
Kenapa kebatilan dan maksiat cepat memberi kesan kepada sasarannya?
kerana mereka telah membolot media sibaran sedangkan karkun tabligh
hanya kekal menggunakan media mesjid sahaja sebagai saluran dakwah
mereka...
maka dalam saluran atau media dakwah ni amat rugi kalau tak guna
segala media yg ada disekeliling kita.. sekian