SJ-13-0151 : Pelbagai tindakan jenayah dalam satu masa.

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0151 : Pelbagai tindakan jenayah dalam satu masa.

::roll: Assalamualaikum w.b.t,

Saya ada satu berkaitan dengan jinayah Islamiah. Macam ni, katakanlah ada seorang penjenayah yang menculik seorang wanita, lalu dirogol dan dalam masa yang sama merompak barang kemas yang dipakainya. Kemudian, setelah dibawa ke hospital, dalam keadaan koma, si perempuan itu mati.

Soalan saya, macam mana perlaksanaan jinayah islamiah dijalankan ke atas penjenayah itu di atas beberapa tindakan jenayah yg dia lakukan dalam satu masa. Contoh di atas melibatkan hukuman hudud dan Qisas. Setahu saya, sesuatu jenayah yang melibatkan hudud dan qisas, mesti didahulukan qisas. Tapi sebolehnya saya hendakkan kepastian dari pihak al-ahkam.

Seterusnya, adakah penjenayah itu boleh dihukum kerana membuatkan si mangsa mati walaupun bukan dia yg buat?

Terakhir, setahu saya, rogol tidak disyarahkan oleh ulama 4 mazhab kecuali Imam Malik kalau tidak silap saya. So, ada sesetengah pendapat lebih cenderung utk mengatakan bahawa jenayah rogol sesuai diletakkan di bawah hukuman zina(PAS) dan pendapat yg lain setuju meletakkan ia di bawah jenayah merompak. So, berdasarkan kajian ulama' mutaakhirin, jenayah rogol ini majoritinya sesuai dihukum menurut hukuman yang mana satu?

Harap pihak panel sanggup menjawab soalan saya ni walaupun lebih dari satu, kerana saya perlu siapkan satu assignment y berkaitan dengan perkara ini. Harap maklum.

WA. ::wink:

SJ-13-0151 : Pelbagai tindakan jenayah dalam satu masa.

:wassalam

alJawab:

Kami memohon kema'afan kerana agak lama tidak menjawab soalan ini. Kami sengaja tidak menjawabnya kerana ia bukanlah soalan yg urgent dan penting buat masa ini memandangkan Malaysia tidak melaksanakan hukum jinayah Islam. Kami menunggu kelapangan, barulah kami bersedia menjawabnya.

Hukum mencolek, merompak dan merogol perempuan yg kemudian berakhir dengan kematian perempuan malang itu hendaklah dibicarakan di bawah dua clause: Hudud Hirabah (keganasan dan rompakan yg mendatangkan kecederaan dan pencerobohan kepada kehormatan manusia) dan juga di bawah clause Qisas pembunuhan.

Qisas didahulukan kerana tujuan Qisas ialah menjaga kepentingan individu, manakala Hudud bertujuan menjaga masyarakat (Dr Paezah Ismail, UM, Undang2 Jenayah Islam, DPI. 1996)

2.

Quote:
Seterusnya, adakah penjenayah itu boleh dihukum kerana membuatkan si mangsa mati walaupun bukan dia yg buat?

alJawab:
Ini tidak ada masalah kerana spt juga dalam perundangan Civil sekarang, perbicaraan dan qarinah (bukti) akan menentukan motif dan bagaimana kematian berlaku (ibid)

3.

Quote:
So, berdasarkan kajian ulama' mutaakhirin, jenayah rogol ini majoritinya sesuai dihukum menurut hukuman yang mana satu?

Jenayah rogol lebih patut diletak dibawah jenayah Hirabah (rompakan) dan jirah (kecederaan). ini pendapat Sayyid sabiq (Fiqh Sunnah, 2/450 (arabic), Fiqh Malikiah ( alJaziri, Fiqh Madzhaahib arba'ah: 5/411) dan Ibn Hazm.

Mereka mendefinasikan rogol telah merompak kesucian dan kehormatan si gadis, jirah kerana mendatangkan kecederaan kepada kemaluan perempuan.

sekian