SJ-13-0173 : beza isnad dan sanad

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0173 : beza isnad dan sanad

Tuan,

ape beza isnad dan sanad dlm ilmu hadis???

ana tak fahamla.tolong ana ye.

SJ-13-0173 : beza isnad dan sanad

perbeaannya hanya pada teori. tapi pada aplikasinya para ahli hadith menggunakannya dgn maksud yang sama iaitu: rantaian periwayat yang meriwayatkan hadith bermula daripada pengumpul hadith itu sehinggalah menuju kepada tabii, sahabat dan terus kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. ini dapat dilihat dengan jelas pada penggunaannya oleh ulama2 hadith yang mengkaji hadith sejak dahulu hingga kini. mereka menyatakan bahawa 'isnad sahih' dan 'sanad sahih' dengan maksud yang sama iaitu periwayat2 yg ada dalam rantaian itu semuanya dipercayai (thiqah) dan masing2 memang bertemu dan meriwayatkan hadith tersebut daripada periwayat sebelumnya.
satu perkara yang penting, kita sebenarnya lebih mudah faham ilmu teori (mustolah hadith) sekiranya kita sering mengkaji penggunaannya oleh para pengkaji hadith.

----------------tahqiq/takhriij thtl

sanad: ia adalah jalannya matn (lafadz hadith), iaitu silsilah para perawi yang memindahkan matn dari sumbernya yang pertama."

Cth: HR alBukhari, katanya: Hadatsana (telah menceritakan kpd kami) Muhammad bin Mutsanna, hadatsana Abdul Wahab atsSaqafi, hadatsana Ayyub, hadatsana Abi Qilabah dari Anas dari Nabi SAW. Qoola:

alBukhari-Muhammad alMutsanna-Abdul Wahab - Ayyub -Abu Qilabah-Anas itulah sanad. [al-Tahanawi, Qawaid fii Uloom alhadith, tahqiq Abdul Fattah Abuu Ghuddah, beirut, ms 26]

Sanad/Isnad/Musnad/Musnid spt kata syaikh alitantawi adalah membawa maksud yg sama. sekian