SJ-13-0181 : Hadith Tukang Bekam

Primary tabs

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0181 : Hadith Tukang Bekam

Assalamulaikum,

Oleh kerana tak dapat dimuatkan pada bahagian lain maka saya kemukakan disini....

Pohon penjelasan lanjut akan 2 hadis ini:-

Dari Rafi' bin Khadij r.a., katanya dia mendengan Nabi saw, bersabda: "Seburuk-buruk usaha ialah usaha pelacuran, jual beli anjing, dan usaha tukang bekam"

Dari Ibnu Abbas r.a katanya: "Nabi saw, pernah [/b]berbekamkepada seorang hamba sahaya kepunyaan Bani Bayadhah. Lalu beliau memberi upah kepadanya, dan menganjurkan kepada majikan sahaya [b](tukang bekam)itu supaya meringankan tugas kewajibannya. Andaikata usaha bekam itu haram, tentu Nabi saw, tidak akan memberi upah kepadanya,"

pohon penjelasan dari yang arif

wallahualam

sekian...

SJ-13-0181 : Hadith Tukang Bekam

:wassalam

alJawab:

Kita tidak menemui hadith Rafi' bin Khadij itu. Kalaulah hadith itu ujud, ia dimansuhkan oleh hadith2 yg mutawatir (banyak) dalam sunnahnya berbekam.

Ibn Qayyim mengimpunkan dalam Zaad alMa'ad jilid 5 yang dicetak sebagai Tibb anNabawi, bahawa Nabi saw sentiasa berbekam dan berkata ia adalah antara perubatan terbaik (buat masa itu).

Hadith Ibn Abbas itu sahih. Ia dikeluarkan oleh Bukhari-Muslim, juga dalam Syamail atTermizi.
sekian

assb4558 (not verified)
Hadis tukang Bekam (

Assalamualaikum,

Untuk rujukan Al Us. thlt,

HADIS 1534 & 1535, TERJEMAHAN HADIS SHAHIH MUSLIM

pohon penjelasan lanjut jika berkaitan

SJ-13-0181 : Hadith Tukang Bekam

saya cek kat internet, terjemahan MSA-USC, hadith tu dalam Kitab Solat.

hang guna kitab terjemahan yg mana satu.

cuba salin matan arab (transliterasi) dan terjemahannya harfiyahnya...