SJ-13-0185 : Sambungan soalan dari rakan Kristian

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0185 : Sambungan soalan dari rakan Kristian

Assalamualaikum ustaz-ustaz di Al-Ahkam, berikut adalah pertanyaan dari rakan penganut Kristian, sambungan dari Soalan dari Penganut Nasrani/Kristian yang lepas:

Aku dah baca jawapan email yang ko forward kat aku. Thanx. Interesting but everything is oready inside Injil and I got it oready from Injil. Actually, I have been learning in Bible Intensive Class few years ago and we did learn Al-Quran also. We learn both kitab intensively one by one chapter in Al-Quran and Bible and learn the difference and contradiction from one chapter to another chapter.Our Kitab class was handled by Reverence/Pendeta from Indonesia, bekas Ulama Islam fanatic pada satu ketika dulu yang dah mengkaji Al-Quran sedalam-dalamnya dan menjumpai banyak percanggahan dan dia berkongsikan percanggahan tu dengan kitorang bila dalam pengkajian kitorang from one surah to another surah.

Few question I want you to answer to clarify foundation of your Al-Quran:

1) Al-Quran is a hardcopy that Muslims read today. Menurut Islam, ayat-ayat tersebut diturunkan satu-persatu pada malam Lailatul Qadar if I am not mistaken. Correct me if I am wrong. Selepas diturunkan, siapa yang menuliskan/memindahkan ayat-ayat tersebut pada kertas sehingga menjadi satu bentuk buku? Tiada nama penulis pada setiap surah. Pada Bible, setiap chapter ada nama penulis yang menuliskan setiap chapter dan hasil asalnya dalam Bahasa Ibrani masih ada di Negara Ibrani sehingga kini. Setahu saya, Nabi Muhammad buta huruf dan tidak mungkin dia yang menuliskannya pada kertas sebab hasil buku tersebut siap setelah Nabi Muhammad sudah meninggal

2) Di manakah naskhah original Al-Quran? Berdasarkan pada satu naskhah Al-Quran yang kami kaji, telah dinyatakan di sana bahawa Al-Quran yang asal sudah dibakar dan sudah tiada lagi. Ini bermakna sudah tiada rujukan asli yang boleh mengesahkan Al-Quran adalah benar dan recognized by Allah.

3) Pada nota kaki(footnote) di dalam A-Quran, terdapat penjelasan tentang Trinity. Penjelasan itu adalah salah iaitu orang Kristian mengatakan Tuhan itu Tiga. Injil tidak pernah mengatakan Tuhan itu Tiga. Orang Kristian yang berlandaskan Bible tidak mengatakan Tuhan itu Tiga tetapi Roman Katolik yang tidak berlandaskan Bible yang mengatakan Tuhan itu Tiga. Apa penjelasan awak tentang footnote yang simply written without true research?

4) Dalam Al-Quran dan Bible terdapat ayat yang sama tentang Adam dan Hawa. Tentang kewujudan manusia pertama dan bagaimana mereka jatuh ke dalam dosa sehingga disingkirkan dari Taman Eden. Ular iaitu jelmaan iblis telah menggoda manusia sehingga mereka jatuh ke dalam dosa dan memakan buah yang terlarang. Pada ketika Allah mencipta manusia, mereka tidak tahu erti malu(jahil) tetapi setelah memakan buah yang terlarang di mana buah itu membolehkan manusia boleh berfikir tentang baik dan buruk, manusia mula sedar bahawa mereka sedang bertelanjang. Pada ketika itu, Allah sangat murka sehingga Allah berfirman bahawa kaum ular(iblis) dan manusia akan bermusuhan seumur hidup.

“Keturunanmu (Ular) akan mematuk tumit manusia dan keturunan manusia pula akan meremukkan kepalamu”. Do you understand apa maksud tersirat disebalik ayat firman ini?

5) Soalan terakhir untuk kali ini, apa sebenarnya fahaman awak/orang Islam tentang mengapa orang Kristian (not include Katolik) sanjung Nabi Isa dan menganggap Isa ialah Tuhan sedangkan Tuhan ialah Allah? Adakah orang Islam mengangap Kristian sembah dua Tuhan?

This is just Question and Answer and I really hope to hear view from Muslims about this matter.
Segala jawapan dari pihak Al-Ahkam didahului dengan ribuan terima kasih. Assalamualaikum.

SJ-13-0185 : Sambungan soalan dari rakan Kristian

:wassalam

alJawab:

Kami di al-Ahkam tiada pengkhususan dalam Dialog Peradaban dan agama. Kami syorkan anda menghubungi sebuah Institut Interfaith Dialogue yang unggul di KL, iaitu IIS (Islamic Info Services) yang dikendalikan oleh Bro Shah Kirit. Institut NGO ini mengendalikan pakej kursus kepada mubaligh Islam yang mahu menceburkan diri dalam dakwah dan dialog kepada penganut agama lain (Kristian, Buddha dan Hindu terutamanya). IIS boleh dihubungi di talian 03-4260-4160 atau hubungi urusetianya, Bro Yusry (017-608-1766). Anda juga boleh ajukan semula soalan ini ke Ruangan Diskusi Umum, kemungkinan ada rakan2 kita yang mahir dalam agama Kristian. sekian