:salam
minta maaf, walaupun soalan psl dye rambut ni dah berkali2 tapi ade satu part yg sy kurang jelas.
sy pernah baca jwpn SS dr Maza dalam NUR (few years back) bila ditanya hukum isteri mewarnakan rambut atas permintaan suami dgn memberikan hadis yg Nabi kata baik diwarnakan rambut sbb org yahudi tak warnakan (supaya kita tidak sama dgn mereka). maaf saya lupa hadis penuh.
soalan saya, kalau sekarang hari ini kebanyakan org kafir mewarnakan rambut, adakah "galakan" (itu masih valid memandangkan kini perbuatan mewarnakan rambut adalah tasyabbuh kpd org kafir.
jzkk
:wassalam
:wassalam
al-Jawab:
hukum isteri dye rambut agar membedzakan dari Yahudi, hanyalah berdasarkan dalil yg umum shj, antaranya, hadith berikut:
"Sesungguhnya kaum Yahudi dan Nasrani tidak mewarnakan rambut, maka berbedzalah kamu semua dari mereka." hadith sahih dari Abu Hurayrah ra, disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih Abu Daud, 4203.
Kata alHafidz Ibn Hajar, jika budaya setempat (uruf) memang orang Islam tidak mengamalkan dye rambut dan jika ada yg berbuat demikian akan digunjing atau diumpat oleh orang ramai, maka lebih baik juga ditinggalkan jika uruf setempat bahawa mewarnakan rambut itu bukan budaya kaum tsb (alFath, 10/354-355) Penjelasan: Kita dapati orang Melayu sejak dulu kala tidak menjadi kebiasaan mereka mewarnakan rambut mereka. Maka menurut Ibn Hajar, lebih baik bagi orang yg berhasrat berbuat demikian tidak melakukannya.
Kata prof Hasbi asSiddiqiey (Hukum Islam, 1/ 374), ini adalah keadaan pada masa silam yakni Yahudi dan Nasrani di Madinah tidak dye rambut mereka yg uban, maka Nabi saw suruh para sahabat berbedza dgn warga emas ahlil kitab. Ini kerana hukum dye rambut ini adalah untuk mereka yg sudah lanjut usia bila janggut dan rambut mereka sudah uban. Bukan golongan muda yg secara suka-suka mewarnakan rambut mereka sebagai fesyen.
Tambahan: kalau diperhatikan bahawa budaya mewarnakan rambut ni di Malaysia sekarang ialah sinonim dengan warga artis hiburan, bukan lagi budaya Yahudi dan Nasrani di Barat yang sudah diketahui bahawa rambut mereka memang berwarna asli (ada yg blonde, red-head dsbnya), maka artis2 tempatan mahu meniru warna rambut rakan seperjuangan mereka di sana. WA