SJ-13-0250 : Fotostat Buku Hadis 40 (contoh shj) utk kuliah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0250 : Fotostat Buku Hadis 40 (contoh shj) utk kuliah

:salam

Saya telah meneliti soal jawab sebelum ini mengenai cetak rompak tetapi masih kabur dengan hukum permasalahan ini.

Apakah hukumnya membuat salinan fotostat terhadap buku Hadis 40 - (keseluruhan atau bahagian tertentu sahaja) misalnya, untuk tujuan disemak baca sewaktu mendengar kuliah ?

Untuk pengetahuan, harga buku ini hanya sekitar RM20.00 sahaja dan mudah untuk didapati.

Harap maaf jika permasalahan ini telah dijawab sebelum ini.

:wassalam

SJ-13-0250 : Fotostat Buku Hadis 40 (contoh shj) utk kuliah

:wassalam

al-Jawab:

Kita telah menjawab beberapa kali. Rumusannya: yang dilarang dibawah akta hakcipta ialah fotokopi utk tujuan komersil, manakala pelajar yang ingin menggunakannya utk tujuan peribadi kerana kesempitan wang atau naskhah asalnya susah diperolehi, maka itu tidak mengapa.

Cthnya yang dinyatakan oleh Kapten Hafiz Firdaus pada bukunya:

"dianjurkan membuat salinan utk tujuan pengajian ilmu, Tidak dibenarkan salinan utk tujuan komersil melainkan dengan izin bertulis dari penulis."

Ini kerana membuat salinan atau re-print dengan tujuan komersil itulah yang merompah harta intelek seseorang. sekian WA