SJ-13-0291 : Kitab nashoihul Ibad

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0291 : Kitab nashoihul Ibad

Minta ilmuwan2 kongsi, apa pendapat tuan2 tentang kitab ini.

jkk.

SJ-13-0291 : Kitab nashoihul Ibad

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan syahrezan dengan kadar kekurangan yang ada pada kami, Insya-Allah.

Kitab Nashoo-ihu al-'ibaad ( äÕÇÆÍ ÇáÚÈÇÏ) merupakan kitab sharahan yang asalnya ditulis didalam bahasa arab oleh seorang ulama Nusantara bernama Syeikh Muhammad Nawawi bin Umar ibnu Arabi bin Ali al-Jawi al-Bantani, yang digelar juga sebagai Imam Nawawi kedua atau Syeikh Nawawi ats-Tsani al-Bantani. Buku merupakan syarah kepada kitab "Munabbihat 'ala al-Isti'dad li-Yawm al-Ma'ad lil-Nus-hi wal-Widad" yang dikatakan ditulis oleh al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani rh.

Apa yang menjadi persoalannya ialah, dikalangan ulama' yang menyelidiki kitab ini mengatakan bahawa kitab ini tidak pernah di tulis oleh Ibn Hajar al-Asqalani. Kedapatan dalamnya hadith-hadith Dhaif. Bukan cara Syiekh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asalani memetik hadith tanpa menyatakan tentang sanad2 atau sumbernya. Beberapa kajian PhD membuktikan bahawa karya ini ditulis oleh Zayn al-Qudat Ahmad ibn Muhammad al-Hijji.

walahu'alam. Moga2 Allah mengampunkan dosa-dosa dan kesilapan kita, Amin.

Boleh rujuk kepada forum multaqa ahl hadith berkenaan dengan isu ini : http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=24795

Sekian, wassalam

خيرالأمين