SJ-13-0336 : Bersalam Ketika Memohon Maaf

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0336 : Bersalam Ketika Memohon Maaf

Assalamualaikum Ustaz,
1. Adakah bersalaman itu tuntutan Islam?
2. Apakah bersalaman selepas solat itu satu bid'ah?
3. Sekiranya bersalam sambil mencium tangan itu hanyalah adat melayu, apakah hukumnya seorang ibu yang murka kerana anaknya tidak pernah memohon maaf secara bersalam/mencium tangannya?
4. Adakah bermaafan itu tuntutan dihari raya?

SJ-13-0336 : Bersalam Ketika Memohon Maaf

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Quote:
1. Adakah bersalaman itu tuntutan Islam?

Bersalam merupakan amalan sunnah yang dilakukan oleh Nabi :saw. Didalam riwayat bahawa al-Bara' berkata :-

ãÇ ãä ãÓáãíä íáÊÞíÇä ÝíÊÕÇÝÍÇä ÅáÇ ÛÝÑ áåãÇ ÞÈá Ãä íÝÊÑÞÇ
dir="ltr">"Tidak dua orang Islam yang bertemu dan berjabat tangan, melainkan dia telah di ampunkan sebelum mereka berpisah" [Hadith riwayat Abu Daud dan Ahmad, dan dikelaskan Sahih oleh al-Tirmudzi]

Didalam sebuah riwayat, Anas ra. berkata :-

ßÇä ÃÕÍÇÈ ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÅÐÇ ÊáÇÞæÇ ÊÕÇÝÍæÇ æÅÐÇ ÞÏãæÇ ãä ÓÝÑ ÊÚÇäÞæÇ
dir="ltr">"Apabila para sahabat Nabi :saw bertemu, mereka akan berjabat tangan, dan apabila mereka kembali dari permusafiran, mereka akan berpeluk diantara satu sama lain" [Hadith riwayat al-Tabaraani dengan isnad yang baik].

Quote:
2. Apakah bersalaman selepas solat itu satu bid'ah?

Menurut Syiekh Atiyah Saqr rh, bersalaman merupakan amalan para sahabat apabila mereka pulang dari permusafiran. Apa yang dilakukan oleh beberapa orang berkenaan dengan bersalaman selepas solat adalah ibarat mereka yang selepas solat itu telah menjalani satu permusafiran spiritual.

Jika bersalaman itu berlaku sebelum keluar atau masuk kedalam masjid atau musolla, maka tidak timbul isu mengenainya. Bagaimana pula jika perbuatan bersalaman itu berlaku sebaik sahaja selepas sahaja memberi salam kedua pada solat fardu? Berikut adalah pandangan Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rh :-

ÃãÇ ãÇ íÝÚáå ÈÚÖ ÇáäÇÓ ãä ÇáãÈÇÏÑÉ ÈÇáãÕÇÝÍÉ ÈÚÏ ÇáÝÑíÖÉ ãä Ííä íÓáã ÇáÊÓáíãÉ ÇáËÇäíÉ ÝáÇ ÃÚáã áå ÃÕáÇ Èá ÇáÃÙåÑ ßÑÇåÉ Ðáß áÚÏã ÇáÏáíá Úáíå æáÃä ÇáãÕáí ãÔÑæÚ áå Ýí åÐå ÇáÍÇá Ãä íÈÇÏÑ ÈÇáÃÐßÇÑ ÇáÔÑÚíÉ ÇáÊí ßÇä íÝÚáåÇ ÇáäÈí- Õáì Çááå Úáíå æÓáã- ÈÚÏ ÇáÓáÇã ãä ÕáÇÉ ÇáÝÑíÖÉ .
æÃãÇ ÕáÇÉ ÇáäÇÝáÉ ÝÊÔÑÚ ÇáãÕÇÝÍÉ ÈÚÏ ÇáÓáÇã ãäåÇ ÅÐÇ áã íÊÕÇÝÍÇ ÞÈá ÇáÏÎæá ÝíåÇ ÝÅä ÊÕÇÝÍÇ ÞÈá Ðáß ßÝì.
dir="ltr">"Bagi sebahagian orang yang mengambil inisiatif untuk bersalaman pada solat fardu selepas salam kedua, maka tidak aku ketahui asalnya, bahkan kelihatan ianya tidak disukai (makruh) kerana tidak terdapat dalil tuntutannya. Kerana sesungguhnya apa yang dituntut syara' (selepas solat) didalam keadaan ini adalah initsiatif melakukan ZIKIR yang disyara'kan. Bagi solat sunat pula, jika bersalaman selepas melakukan salam, jika dia tidak bersalaman sebelum masuk (masjid), maka sesungguhnya bersalaman sebelumnya sudah mencukupi"

Seelok-eloknya, usah diganggu orang yang selepas solat fardu dengan bersalaman dengannya, lebih-lebih lagi jika orang tersebut sedang berzikir, membaca al-Quran atau berdo'a. Kalau benar-benar ingin bersalaman, lakukanlah sebelum keluar masjid atau masa mula-mula berjumpa semasa masuk masjid, agar tidak menggangu zikirnya.

Bersalaman merupakan amalan yang baik dan bukan bid'ah, cuma bersalaman sebaik sahaja selepas solat merupakan gangguan kepada mereka yang melakukan zikir-zikir yang dituntut didalam sunnah. WA.

Quote:
3. Sekiranya bersalam sambil mencium tangan itu hanyalah adat melayu, apakah hukumnya seorang ibu yang murka kerana anaknya tidak pernah memohon maaf secara bersalam/mencium tangannya?

Berikut kita quotekan jawapan Syiekh Zayed yang telah di tahqiq oleh syiekh thtl :-

Quote:
Bab mencium tangan.

Budaya yg paling masyhur dan ideal bg masyarakat Islam ialah mengucapkan salam dan berjabat salam. ini adalah amalan yg paling lumrah dalam kehidupan salaf assoleh. Namun, budaya mencium tangan itu juga thabit spt nas yg dikemukakan oleh sdr zayed. alMuhaddith Albani dalam siri Silsilahnya berpendapat, mencium tangan orang alim itu hendaklah mematuhi adab2 berikut:
a. tidak boleh mencium tangan orang alim jika dia menghulurkan dgn sombong
b. tidak terbukanya jalan ke arah mendapat tabarruk (berkah)
c. tidak menjadikan sebagai adat kebiasaan (sering dilakukan)
d. dia tidak mengingkari lebih utama berjabat salam
e. tidak boleh meletakkan tangan ke dahi
Imam Nawawi menambah:
f. tidak boleh mencium tangan seseorang kerana kekayaannya, dunianya, kekuasaannya, pangkatnya (amat makruh/makruh tahrim)- alAzkar

sumber : http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=17070

Di riwayatkan bahawa Zaari' ra. adalah bersama delegasi Abdul Qays berkata :

ÝÌÚáäÇ äÊÈÇÏÑ ãä ÑæÇÍáäÇ ÝäÞÈá íÏ ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã æÑÌáóå
dir="ltr">"Kami telah mula keluar dari howdah (tempat duduk (unta)) dan kami mencium tangan dan kaki Nabi :saw" [Sunan Abi Daud]

Jika dibandingkan dengan orang lain, Ibu Bapalah orang paling afdal untuk kita mencium tangan mereka (walaupun ia tidak diwajibkan), sebagaimana sesuai dengan firman Allah swt :-

æóÇÎúÝöÖú áóåõãóÇ ÌóäóÇÍó ÇáÐøõáøö ãöäó ÇáÑøóÍúãóÉö æóÞõáú ÑóÈøö ÇÑúÍóãúåõãóÇ ßóãóÇ ÑóÈøóíóÇäöí ÕóÛöíÑðÇ
dir="ltr">"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. " [surah al-Israa' : 24]

Turuti lah kehendak ibu yang memohon agar anaknya mencium tangannya. Yang diharamkan ialah mencium orang kerena kekayaan dan kesombongannya.

Quote:
4. Adakah bermaafan itu tuntutan dihari raya?

Memohon keampunan dari seseorang dituntut setiapkali kita melakukan kesilapan terhadap saudara kita. Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, bahawa Nabi :saw bersabda :-

ãöäú ÞóÈúáö Ãóäú íõÄúÎóÐó áÃóÎöíåö ãöäú ÍóÓóäóÇÊöåö ÝóÅöäú áóãú íóßõäú áóåõ ÍóÓóäóÇÊñ ÃõÎöÐó ãöäú ÓóíøöÆóÇÊö ÃóÎöíåö ÝóØõÑöÍóÊú Úóáóíúåö
dir="ltr">"Barangsiapa yang melakukan kesalahan apa-apa kepada saudaranya, maka pohonlah keampunan, kerana pada hari Kiamat tidak ada dinar atau dirham, maka pohonlah keampunan sebelum beberapa kebaikkannya diambil dan diberi kepada saudaranya, dan jika tida kebaikkan, sebahagian dari kejahatan saudaranya diambil dan dibaling kepadanya" [Hadith Riwayat al-Bukhari #6053].

Disebabkan pada Hari Raya kita dapat bertemu dengan orang-orang yang kemungkinan besar jarang sekali kita bertemu, maka bolehlah mengambil peluang ini untuk memohon kemaafan.

Sekian, wassalam

خيرالأمين