SJ-13-0342 : Berjabat tgn bukan dr sunnah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0342 : Berjabat tgn bukan dr sunnah

:wassalam
Tul ke berjabat tgn bukan dari sunnah? Yg sunnah hnya Memeberi salam..

SJ-13-0342 : Berjabat tgn bukan dr sunnah

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Soalan ini pernah dijawab sebelum ini.

Kedua-dua amalan diatas merupakan sunnah Nabi :saw; bersalaman dan menyampaikan salam.

Ringkasnya : Bersalaman merupakan sunnah Nabi :saw dan para sahabat lebih-lebih lagi ketika mana mereka pulang di permusafiran.

Permasalahan yang timbul adalah amalan 'segera' bersalaman selepas solat fardu berkemungkinan mengganggu amalan yang lebih utama (afdal) dilakukan. Amalan berzikir selepas solat merupakan amalan yang dituntut selepas solat, dan bukan segera bersalam.

Boleh tangguhkan bersalam, misalnya ketika berjalan keluar dari masjid dsb.

Sila rujuk link dibawah untuk keterangan lanjut :-

SJ-13-0336 : Bersalam Ketika Memohon Maaf
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=34002

Sekian, wassalam

خيرالأمين