Sj-13-0351 : Beza Antara Nifas dan Wiladah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
Sj-13-0351 : Beza Antara Nifas dan Wiladah

:salam
Hari tu, ada sorang ustaz bacakan kitab (lupa nama kitab tu), ttg bab Mandi Wajib bagi wanita yang bersalin. Dia kata perlu mandi "wiladah", then selesai pantang, kena mandi "nifas" pula. Yang bertambah musykilnya... dia kata kena nyatakan niat mandi tu, samada mandi wiladah@nifas@haid. Adakah memadai kalau kita niat "mengangkat hadas besar" shj, tanpa perlu nyatakan secara detail utk wiladah dsb.
Adakah memang kena perlu mandi wiladah... ataupun memadai tunggu sampai habis nifas, then mandi sekali ker. Mohon penjelasan. Tq

Beza Antara Nifas dan Wiladah

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Dari sudut istilah fuqaha, ada beza antara nifas dan wiladah.

- Nifas ialah darah yang keluar selepas bersalin. Jadi, wanita yang bersalin dan keluar darah nifas semasa bersalin, gugur kewajipan solat. Apabila darah nifas sudah kering, maka hendaklah mandi wajib. Jadi, mandi wajib hanya sekali sahaja iaitu selepas darah nifas tidak ada lagi.

- Wiladah pula maksudnya ialah bersalin. Menurut istilah fuqaha dalam bab Mandi Junub, Wiladah khas bagi wanita bersalin yang tidak keluar darah nifas bersamanya. Jadi, adakah dia wajib mandi selepas bersalin, memandangkan dia tidak mempunyai darah nifas?

Dalam kes ini, ada dua pendapat. Ada pendapat mengatakan wajib mandi juga, dan yang inilah dipanggil mandi disebabkan wiladah. Dan ada pendapat kedua mengatakan tidak wajib mandi kerana tidak ada darah nifas.

Berbalik kepada persoalan saudara, tidak benar mengatakan seseorang wanita yang bersalin (dan keluar darah nifas) wajib mandi dua kali, iaitu untuk wiladah selepas selesai bersalin, dan untuk nifas selepas kering darah nifas.

Perbahasan wiladah hanya bagi wanita bersalin tanpa keluar darah nifas.

Berkenaan dengan niat, cukup dengan niat mengangkat hadas, atau hadas besar, atau niat mandi wajib.

Wallahu A'lam.