SJ-13-0352 : Sharing E-mail

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0352 : Sharing E-mail

Aslmkm,

Selama ni saya selalu fowardkan bahan-bahan dari internet kepada list e mail yang saya ada. Bahan-bahan ada yang saya ambil dari AAN, IQ dan sebagainya. Alhamdulillah ada yang suka dan tidak kurang jugak tidak suka.

Soalan saya,

1. Adakah saya melanggar apa-apa syariat ataupun melanggar perundangan manusia?

2. Adakah kaedah saya tidak betul atau adakah kaedah yang baik jika hendak berkongsi maklumat sebegini?

3. Dahulu saya sertakan pendapat personal saya sendiri tetapi selepas maklum balas dari beberapa orang maka saya hanya memfowardkan bahan-bahan tanpa personal opinion.

4. Saya sangat suka berkongsi tetapi jika ada apa-apa nasihat tuan saya akan hentikan.

JazakAllah atas perhatian tuan.

SJ-13-0352 : Sharing E-mail

:wassalam

al-Jawab:

1) Anda tidak melanggar apa-apa syari'at atau peraturan manusia selagimana anda memenuhi peraturan hak harta intelek. Jika anda FWD, maka hendaklah dinyatakan websitenya atau pengarangnya, di mana jika timbul kontroversi dari artikel itu, orang ramai dapat menghubungi website asalnya.

2) Kaedah yang betul bila kita ingin FWD mana-mana artikel dari AAN misalnya, nyatakan website AAN berserta addressnya: //al-ahkam.net/

3) pendapat personal dalam isu yg bukan dalam bidang kepakaran kita sudah tentu menimbulkan kontroversi. Maka jalan selamat ialah kita FWD artikel dari sumber yg berwibawa.

4) FWD artikel di zaman cyber menyamai budaya menyibarkan hadith di zaman silam. Nabi SAW pun menyuruh, "sampaikan dari walaupun satu ayat." Jika hadith, hendaklah dipastikan status hadith tsb, maka jika kita nak FWD artikel, maka pastikan maklumat atau artikel itu juga muktabar (berguna dan menepati kehendak ajaran Islam). FWD juga tidak terlalu kerap, memadai dengan keperluan manusia sesuai dgn keadaan mereka (persediaan minda dan kejiwaan)..sekian