SJ-13-0376 : Sains vs Islam

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0376 : Sains vs Islam

:salam

aku baru saja dengar ceramah dr arip kasmo dr utube, terdetik aku nak luahkan pikiran merewang2 aku kat sini. Isunya seputar kepercayaan (iman), hakikat dan logik akal. Ia cuma logik ringkas, tp ia menarik bg aku.

Bila aku cuba mencari keyakinan pada Allah. Aku kiaskan pada angin dan ruh. Aku xnampak angin, tp aku boleh rasa angin dan nampak "kesannya". Betapa mata aku terbatas drp melihat rupa angin. Dan setiap yg ada pada jasad ini terbatas begitu juga akal. Di mana ruh? Amik seorang manusia dan potong tangannya. Lepas beberapa hari tgn itu mati, manusia itu akan hidup tanpa tgn. Ruh tak mampu diukur, di rasa, di lihat. Tapi kita dpt lihat "kesannya". Anggota yg asas utk menampung ruh adalah seperti yg terbentuk ketika fetus berusia 4 bulan, itulah dia. Potong kepalanya, manusia itu akan mati kerana ruh takkan boleh ditampung tanpa connection otak dan jantung dan paru2 dan organ2 yg asas tadi.

bunyi cam bodoh je kan, tp pls baca lagi kalo taknak aku sesat..

Mengapa boleh org Islam mengatakan alam ghaib itu tidak logik menyebabkan kita perlu beriman tanpa memikirkan logik, terima shj seadanya. Logik hanya ukuran akal, dan akal kita amat terbatas. Namun begitu, akal kita rasa akan "kesan" alam ghaib itu. Sebagaimana mata kita terbatas melihat angin tp kita melihat "kesannya". Kita tidak boleh lari dari beriman kepada Allah kerana akal kita ditewaskan oleh hukum Allah dan kita tahu melalui pertimbangan akal kita bhw ada sesuatu melangkaui batas pemikiran kita.

Ikuti teori big bang. Universe bermula dengan big bang. Iaitu bila masa bersamaan dgn 0, selepas shj big bang, masa pun bermula. Masa itu bukan masa putaran matahari, masa ditunjukkan jam, tp masa yg hakiki. Masa ditunjukkan jam kita hanya masa ilusionary atau bandingan shj. Tahukah umur kita mengikut masa hakiki?

"Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa, sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?"- Al-Insan ayat 1.

kalau boleh sapa2 yg tahu ulas maksud "ad-dahri" sedetailnya pls.

Apabila kita kembali ketitik permulaan ruang dan masa (sejenak sbl big bang?, ia akan kembali ke satu element yg padu (singularity). sebelum dari masa = 0, semua hukum2 logik seperti fizik, biologi, kimia, matematik, e=mc2 runtuh. Logik hanya terbentuk selepas big bang.

"Dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah sesuatu yang padu, kemudian kami pisahkan antara keduanya, dan daripada air kami ciptakan kehidupan. Maka mengapakah tiada juga mereka percaya?" - Al-Anbiya: 30

ustat konvensional tafsir ayat aku bold itu maksudnya setiap benda hidup memerlukan air dan asas binaan jasadnya ialah air, jadi tanpa air hidupan tak boleh hidup. Setakat tu je? Allah itu maha luas pengetahuannya, kita mestilah kena korek lagi, betol tak?

Allah menciptakan alam semesta penuh keajaiban dan mengambil masa yg lama. Selepas big bang, terbentuk gravity, atom2 helium, hidrogen, dan seterusnya air. Dari air itu terbentuknya hidupan. ini mengambil masa selama 15 bilion thn dari big bang hingga terbentuk wap2 air.

Menurut teori evolution, "abiogenesis" ialah proses pembentukan sel hidup daripada sel bukan hidup berlaku ketika titisan pertama air (cecair) yg terbentuk drp wap secara "spontan" (ketidak stabilan unsur2 carbon). Ini kajian darwin and the geng. Kajian saintifik mereka selaras dengan perkataan Allah kat atas.

tp aku pk mcm mana plak dgn bahagian2 yg lain? seperti asal manusia daripada beruk? hehe

Dari teori ni aku dpt tahu kita semua asal dari asas yg sama iaitu element physical "singularity". patutlah Allah kata kita asal dari tanah dan kita akan kembali menjadi tanah dan dari tanah kita dikeluarkan. Kalau Allah menyusun berbilion2 thn utk selesaikan pembentukan alam semesta, adakah mustahil utk Allah menyusun berbilion2 thn utk membentuk jasad seperti yg dipinjamkan kepada kita sekarang? tidak mustahil kan? btoi ka?

"Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi itu lebih besar penciptaannya daripada manusia akan tetapi ramai manusia tidak tahu" - Surah Ghafir (pengampun) ayat 57

Langit dan bumi tercipta dari Big Bang yg mempunyai kepadatan infiniti, tenaga infiniti dan meletup membebaskan tenaga yg begitu kuat yg menampung pergerakan2 bintang2, matahari, planet, berbilion2 bilion2 thn hingga kiamat, jasad manusia cuma tercipta dari ketidakstabilan atom carbon je.

Dari satu sel tercipta dari ketidak stabilan carbon dr air, berevolusi menjadi multisel dan terbentuk seperti sekarang. Aku nampak ia disusun begitu harmoni hingga tiada tempat utk kita tgk cacat cela. Biarpun darwin memanggilnya "natural selection" tp aku rasa big bang takkan berlaku secara "natural selection". Tiba2 aje meletup sampai tiba2 jadi manusia tiba2 manusia tu reti wat laptop? logik? cett. Tak mungkin carbon spontan menjadi sel tanpa dipandu oleh "sesuatu". kalau pun betul ia "natural selection" sudah tentu pilihan itu diputuskan oleh kuasa yg memilikinya, Allah. Ia adalah natural kerana natural itu hukum Allah utk membentuk alam semesta seadilnya, betol tak?

Bila Allah kehendakkan sesuatu Allah cuma kata "jadilah" maka jadilah ia.

Dan aku rasa mcm betul juga manusia berasal daripada beruk. yg berasal dr beruk ialah jasad kita yg kita nampak ini. Tp ruh kita asal dari syurga. Nabi adam dan hawa yg terdedah aurat mereka turun dari syurga ke bumi dalam bentuk ruh ke bentuk fizikal? sapa2 leh rujuk ngn ustat tak persoalan ini. aku pun buat benda yg sama. ni pikiran logik ringkas aku je okay.

mcm tak mustahil jika ruh itu turun dari syurga ke bumi lalu ditempatkan di dalam jasad yg berevolusi berbilion2 thn utk menjadi sebaik2 cabang kejadian sebagaimana air diwujudkan hasil evolusi alam semesta. jasad kita cabang evolusi yg paling baik antara cabang2 lain (menatang lain ler). Dan setelah itu jasad dengan ruh itu berevolusi hingga bertamadun tinggi seperti sekarang, mempunyai akal yg mampu berfikir, sifat2 yg baik dan jahat. Dan kita (ruh) di utuskan kebumi (bermula dgn nabi adam dan hawa)dlm bentuk sebaik-baik kejadian(dlm jasad evolusi manusia ini) utk menjadi khalifah yg ditugaskan menguruskannya iaitu unsur2 dan hidupan2 yg lain dengan bimbingan wahyu yg secara ruhani disampai kpd manusia pilihan. Bimbingan ini adalah nasihat dari Allah kerana di dalam jasad kita ada nafsu (unsur kejadian manusia) yg mendorong kepada kejahatan dan kemusnahan, maka hanya dengan bersifat baik kita boleh menceriakan dunia, taman permainan sementara. Tiadalah Allah ciptakan dunia itu cuma utk bersenda gurau shj utk waktu yg ditetapkan. Tidak dpt tidak, dunia dan hukumnya akan collapse pd suatu masa nanti.

aku tak rasa hina pun kalau jasad aku ni asal dari air jd carbon terencat jd paramesium jd kutu jd kucing jd beruk pastu jadi manusia sbb ini cuma material dunia. potong kepala aku, jasad ni akan jadi tanah balik (biaq pi la kan), dan aku akan menuju alam barzakh. Aku (ruh) asal dari Allah dan kepada Allah aku kembali. Aku pk2 aku tanya ustat, byk pun yg salah. yg aku terpikir kat atas ni aku tak tanya lagi. aku tulih spy aku tak lupa dan utk share2.

source aku "the brief history of time" "esq" "wikipedia" "terjemahan quran" "cite matrix" "hadith 40" "harun yahya" "astro channel education"

tulisan diambil dari satu lmn web (forum), minta ustaz memberi penjelasan mengenai dakwaan turunnya nabi adam dari syurga dalam keadaan ruh atau fizikal dan lain2 yg berkenaan. terima kasih.

SJ-13-0376 : Sains vs Islam

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Nabi Adam a.s telah dicipta sejak dari mula dengan tubuh fizikal setinggi 60 hasta yang berasal dari tanah. Bukan berasal dari tubuh beruk atau apa-apa makhluk yang lain. Kemudian setelah terbentuk tubuh dari tanah tersebut barulah ditiupkan roh padanya. (Fathul Bari oleh Ibn Hajar)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda:

ÎóáóÞó Çááøóåõ ÂÏóãó æóØõæáõåõ ÓöÊøõæäó ÐöÑóÇÚðÇ Ëõãøó ÞóÇáó ÇÐúåóÈú ÝóÓóáøöãú Úóáóì ÃõæáóÆößó ãöäú ÇáúãóáóÇÆößóÉö ÝóÇÓúÊóãöÚú ãóÇ íõÍóíøõæäóßó ÊóÍöíøóÊõßó æóÊóÍöíøóÉõ ÐõÑøöíøóÊößó ÝóÞóÇáó ÇáÓøóáóÇãõ Úóáóíúßõãú ÝóÞóÇáõæÇ ÇáÓøóáóÇãõ Úóáóíúßó æóÑóÍúãóÉõ Çááøóåö ÝóÒóÇÏõæåõ æóÑóÍúãóÉõ Çááøóåö Ýóßõáøõ ãóäú íóÏúÎõáõ ÇáúÌóäøóÉó Úóáóì ÕõæÑóÉö ÂÏóãó Ýóáóãú íóÒóáú ÇáúÎóáúÞõ íóäúÞõÕõ ÍóÊøóì ÇáúÂäó

"Allah Ta'ala mencipta Adam dengan ketinggian enam puluh hasta. Kemudian Allah Ta'ala berfirman kepadanya: Pergilah memberi salam kepada kelompok itu. Dengarkan jawaban mereka menjawab salammu dan salam zuriatmu.

Maka Adam mengucapkan: salam: "Assalamu 'alaikum' (semoga kamu bahagia) Jawab para malaikat, "Asasalamua'alaika wa rahmatullah" (Semoga kamu bahagia pula dan beroleh rahmat Allah). Maka mereka menambah ucapan "wa rahmatullah".

Maka setiap orang yang masuk syurga bentuk fizikalnya adalah seperti Adam, sekalipun makhluk kemudian semakin pendek hingga sekarang." (H.R Bukhari & Muslim)

Islam tidak membenarkan seseorang membuat teori-teori yang tidak bersandarkan ilmu dan dalil-dalil yang yakin.

Firman Allah SWT (17:36):

æóáóÇ ÊóÞúÝõ ãóÇ áóíúÓó áóßó Èöåö Úöáúãñ Åöäøó ÇáÓøóãúÚó æóÇáúÈóÕóÑó æóÇáúÝõÄóÇÏó ßõáøõ ÃõæáóÆößó ßóÇäó Úóäúåõ ãóÓúÆõæáðÇ

"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya."

Kita tidak diperintahkan untuk berteori tentang perkara-perkara ghaib dan yang kita tidak tahu tanpa dalil-dalil dan ilmu yang yakin. Apa yang dibawa oleh Al-Quran dan Sunnah sudah cukup untuk kita hidup berjaya di dunia dan akhirat.

Rujukan:
- Sahih Bukhari
- Sahih Muslim
- Fathul Bari

Wallahu a3lam

SJ-13-0376 : Sains vs Islam

Mengenai topik soalan yang bertulis: Sains vs Islam, ini adalah tidak benar. Tidak ada fakta sains yang nyata (established fact) yang bertentangan dengan Islam.

Kenyataan ini bukan sahaja disebut oleh orang Islam, tetapi juga orang bukan Islam mendapati Islam tidak bertentangan dengan fakta sains.

Maurice Bucaille dalam bukunya yang berjudul "The Bible, The Qur’an and Science" mengakui bahawa tidak terdapat fakta sains yang bertentangan dengan kandungan Al-Quran.

Cuma beliau telah mengemukakan sejumlah hadis dalam kitab Sahih al-Bukhari yang memusykilkan beliau dari sudut ilmu sains.

Kemusykilan ini telah dijawab oleh Syeikh Hafiz Firdaus dalam bukunya: "Kaedah Memahami Hadis-hadis Musykil" dan dibincangkan apakah mungkin berlaku pertentangan antara fakta sains masa kini dengan hadis-hadis sahih?

Sila rujuk buku ini yang boleh didapati di sini:

http://www.hafizfirdaus.com/ebook/HadisMusykil/tajuk1.htm

Wallahu a3lam