SJ-13-0399 : masalah dokumen/duit yg ada kalimah Allah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0399 : masalah dokumen/duit yg ada kalimah Allah

assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakaatuh,
ahli panel yg dirahmati Allah,

ana nak tny, boleh ke kita bawa duit / kad pengenalan pelajar yang ada tercatat kalimah Allah dan Rasul-Nya ke tandas? hal ini menjadi masalah kerana kadang2 brg2 tu penting x bleh nak tinggalkan di luar toilet takut dicuri, jadi boleh ke bawa masuk tandas sekali?

sekian, terima kasih
wassalam

SJ-13-0399 : masalah dokumen/duit yg ada kalimah Allah

Wa’alaikumussalam wrt wbkt

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Menurut Dr Wahab al-Zuhaily bahawa penggunaan Nama Allah yang ditulis atau dicetak kepada sesuatu objek, misalnya pada baju, jika dibawa kedalam tandas, hukumnya makruh. Boleh rujuk fatwa IslamOnline : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528621744

Dalam konteks ini, kedudukan lafaz Jallaalah itu kelihatan pada luaran objek. Dalam kes duit siling (coins), Kad Pengenalan Universiti di Timur Tengah, lencana dsb, yang mempunyai kalimah Allah, jika objek tersebut di simpan didalam poket, maka tidak mengapa (dibenarkan) hukumnya.

Didalam satu soalan yang pernah ditanya kepada Syiekh Ibn Utsaimin rh berkenaan dengan kes membawa kertas yang mengandungi tulisan nama Allah kedalam tandas, beliau menjawab:

íÌæÒ ÏÎæá ÇáÍãÇã ÈÃæÑÇÞ ÝíåÇ ÇÓã Çááå ãÇ ÏÇãÊ Ýí ÇáÌíÈ áíÓÊ ÙÇåÑÉ Èá åí ãÎÝíÉ æãÓÊæÑÉ
dir="ltr"> “Dibenarkan masuk ke tandas bersama kertas yang ada nama Allah selama-mana ia berada didalam poket, dan tidak di zahirkan, bahkan ianya tersorok dan terlindung” (Fataawa Tahaarah, ms 109.

Menurut Ibn Qudamah rh bahawa jika seseorang ingin memasuki tandas bersama sesuatu objek yang mengandungi nama Allah, adalah mustahab dia meninggalkannya. Jika ia membawa objek itu bersamanya, misalnya cincin yang tertulis kalimah Allah, hendaklah dia menterbalikkan cincin tersebut, dan tidaklah ia merupakan satu kesalahan. Menurut Imam Ahmad rh bahawa cincin tersebut hendak diterbalikkan kearah tapak tangannya. Ini merupakan pandangan Ishaq, Ibn al-Musayyib, al-Hasan dan Ibn Sirin. (al-Mughni, 1/109).

Kesimpulannya, selama-mana kalimah ALLAH yang tidak kelihatan secara zahir (disorokkan), maka ia dibolehkan untuk dibawa masuk tandas. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين