SJ-13-0401 : dua orang muslim bergaduh

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0401 : dua orang muslim bergaduh

:salam

saya jumpa hadis ni dalam archive:

"Allah ketawa terhadap dua lelaki, salah seorangnya membunuh yg seorang lagi, kedua-duanya masuk ke syurga....". (Bukhari no: 2671 dan Muslim no: 1890).

tapi saya pernah mendengar syarah hadis "innamal a'maalu binniyyaat", syeikh yg syarah tu bawak hadis yg bemaksud lebih kurang macam ni: dua orang muslim yg berbunuh-bunuhan (yuqotilu), lalu seorang membunuh yang seorang lagi, kedua-duanya masuk neraka. dia kata yg membunuh tu masuk neraka sebab membunuh, yg dibunuh masuk neraka sebab dia berniat nak bunuh saudaranya, dan kalau dia tak dibunuh nescaya dia membunuh.

macam mana nak relate dua hadis ni?

:wassalam

SJ-13-0401 : dua orang muslim bergaduh

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Bagi menjelaskan kekeliruan yang mungkin timbul daripada hadis di atas, kami nukilkan keseluruhan teks hadis tersebut. Iaitu:

Sabda Nabi SAW: "Allah ketawa terhadap dua lelaki, salah seorangnya membunuh yg seorang lagi, kedua-duanya masuk ke syurga".

Lalu para sahabat bertanya: "Bagaimana boleh jadi begitu?".

Jawab Rasulullah SAW: "Salah seorang itu berperang pada jalan Allah, lalu dia mati syahid. Kemudian, (pembunuhnya yang kafir bertaubat, dan) Allah menerima taubat pembunuhnya itu, dan dia masuk Islam. Kemudian, dia berperang pada jalan Allah dan akhirnya dia pula yang mati syahid".

- Imam Bukhari ketika membawakan hadis ini dalam kitabnya 'Sahih', membuat tajuk: BAB: Seorang Kafir Membunuh Seorang Muslim, Kemudian Dia Masuk Islam, dan Berbuat Baik, Dan Dia Dibunuh.

- Jelasnya, antara hadis ini dengan hadis 'Pembunuh dan yang dibunuh masuk neraka', adalah dalam dua konteks yang sangat berbeza. Kerana dalam hadis kedua ini, orang yang dibunuh bukannya mati syahid dalam peperangan, tetapi dalam perkara yang tidak haq. Pembunuhnya masuk neraka kerana jenayah bunuh dan tidak bertaubat. Yang dibunuh juga masuk neraka kerana berazam membunuh kawannya itu.

Wallahu A'lam.