Assalamualaikum
Ada suatu soalan yang pernah diutarakan kepada saya:
Jikalau ada sebuah tandas yang sudah tidak digunakan,dan masih kukuh bangunannya,dan dikhuatiri terbazir begitu sahaja,boleh kah ia ditukar menjadi surau/musolla/masjid?
Sekian Syukran.
Wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Terdapat larangan yang dijelaskan oleh Nabi :saw mengenai larangan bersolat ditempat-tempat tertentu, termasuklah tandas. Sabda Nabi :saw :-
Ulama’ menjelaskan bahawa larangan bersolat didalam tandas disebabkan tempat itu NAJIS. Jika berlakunya pengubahsuaian atau renovation, kawasan tandas tersebut di “ubah” dan dibersihkan, tidak nampak sebarang alasan kenapa tidak boleh dijadikan tempat itu sebagai musolla, WA. Larangan ini tidak seperti membina masjid atau musolla diatas kubur, dimana masjid tersebut hendaklah di robohkan (fataawa Imam al-Nawawi, ms 65).
Selamamana tempat tersebut bersih dan tidak lagi menjadi tandas, maka bolehlah orang Islam melakukan solat didalamnya.
Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi menjelaskan bahawa larangan ini hanya kekal kepada kubur, dan penafiannya tidaklah secara mutlak kepada tempat2 yang lain (fatwa IslamOnline - FatwaA&cid=1122528619008). WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين