SJ-13-0465 : di mana bapa nabi saw

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0465 : di mana bapa nabi saw

assalam mualaikum wrt.

kepada ahli2 panel harap dapat menjelaskan kepada saya sesuatu yang musykil ttg bapa nabi saw. saya ada terbaca dalam hadis sohih muslim bahawa nabi saw pernah di tanya org dimanakah ayah org itu? kemudian nabi saw jawab di neraka, kemudian org itu berlalu dan nabi panggil lagi sekali dan memberitahu bahawa ayahnya juga di neraka.

soalannya betulkah ayah nabi saw di neraka? dan kenapa? kerana bukankah kematiannya sebelum kelahiran nabi saw?dan siapa yang tak sampai manhaj kepadanya bukankah diampunkan?

waAllah hu a'lam.

SJ-13-0465 : di mana bapa nabi saw

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya-Allah

Berikut adalah jawapan Syiekh Abu Syu’aib berkenaan dengan hadith yang anda nyatakan.

Abu_syu'aib wrote:
ÈÓã Çááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÈÚÏ

di dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim di dalam kitab al-Iman bab: sesiapa yang mati di atas kekufuran maka tempatnya di neraka.

Úóäú ÃóäóÓò Ãóäøó ÑóÌõáðÇ ÞóÇáó íóÇ ÑóÓõæáó Çááøóåö Ãóíúäó ÃóÈöí ÞóÇáó Ýöí ÇáäøóÇÑö ÝóáóãøóÇ ÞóÝøóì ÏóÚóÇåõ ÝóÞóÇáó Åöäøó ÃóÈöí æóÃóÈóÇßó Ýöí ÇáäøóÇÑö. ãÓáã

Maksudnya Daripada Anas r.a. berkata seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w. dimana tempat bapaku, jawab Nabi di dalam api neraka, setelah orng itubalik Rasulullah memanggilnya lalu berkata: sesungguhnya bapaku dan bapamu di dalam neraka.

Al-Imam al-Nawawi mensyarahkan hadis ini menyatakan mereka menyembah berhala dan masyarkat ketika itu telah tidak mengikut agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim. maka matinya di dalam keadaan kafir.....syarah sahih muslim

Imam Abu Hanifah di dalam matannya Fiqhul Akbar menyatakan

ææÇáÏÇ ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã ãÇÊÇ Úáì ÇáßÝÑ

Dan kedua-dua ibu bapa Nabi s.a.w. mati dalam keadaan kafir..

wallahu a'lam

Beberapa soalan :-

Quote:
betulkah ayah nabi saw di neraka? dan kenapa?

- kebenaran ini berdasarkan hadith sahih Imam Muslim tersebut.Syiekh Abdul Aziz bin Baaz mengatakan bahwa ketika Nabi mengucapkan “Bapaku dan Bapa kamu didalam neraka”, baginda tidak berkata mengikut hawa nafsunya sebagaimana firman Allah swt :-

æóÇáäøóÌúãö ÅöÐóÇ åóæóì. ãóÇ Öóáøó ÕóÇÍöÈõßõãú æóãóÇ Ûóæóì. æóãóÇ íóäúØöÞõ Úóäö Çáúåóæóì. Åöäú åõæó ÅöáøóÇ æóÍúíñ íõæÍóì.
dir="ltr"> “Demi bintang semasa ia menjunam, Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah dia menyeleweng (dari jalan yang benar) dan dia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah). Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (samada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya” [Surah al-Najm : 1-4].

(lihat : http://www.binbaz.org.sa/mat/10388 )

- Imam al-Nawawi ketika memberi komentar keatas hadith ini menyebut bahawa barangsiapa yang mati didalam kekafiran akan masuk neraka.

- Terdapat mereka yang membantah pandangan ini membawa hadith yang menjelaskan bahawa ibubapa baginda akan dibangkitkan semula, beriman dengan baginda dan akan terselamat dari azab neraka. Ulama’ menilai bahawa hadith yang dibawa itu adalah palsu. Al-Suhail menyatakan : “beliau hairan mengenai orang-orang yang meninggalkan hadith yang tsabit didalam Sahih Muslim, dan mereka memaklumkan hadith yang tidak ada asalnya”.

- Didalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, baginda bersabda :

ÇÓúÊóÃúÐóäúÊõ ÑóÈøöí Ãóäú ÃóÓúÊóÛúÝöÑó áÃõãøöí Ýóáóãú íóÃúÐóäú áöí ¡ æóÇÓúÊóÃúÐóäúÊõåõ Ãóäú ÃóÒõæÑó ÞóÈúÑóåóÇ ÝóÃóÐöäó áöí .
dir="ltr"> “Aku memohon kepada Tuhanku keizinan yang beristighfar bagi pihak ibuku, tuhan tidak memberiku keizinan, dan Aku meminta izin menziarahi kuburnya, dan tuhan member keizinan kepadaku” [Hadith Riwayat Muslim #976].

Didalam ‘Aun Ma’bud ada menyebut bahawa ayat : Tuhan tidak memberi keizinan bermaksud – dia adalah seorang kafir, dan tidak dibenarkan memohon keampunan kepada orang kuffar.

Quote:
kerana bukankah kematiannya sebelum kelahiran nabi saw?dan siapa yang tak sampai manhaj kepadanya bukankah diampunkan?

Ulama’ ada membincangkan era ini dengan panjang lebar. Secara ringkasnya mereka membahagikan kepada dua :-

a. Mereka yang seruannya sampai
b. Mereka yang seruan tidak sampai, maka tidak tahu.

Imam Al-Nawawi rh menjelaskan bahawa barangsiapa yang mati semasa fatrah (jangka masa diantara dua Nabi) dan mereka mengikut ibadat orang Arab menyembah berhala maka mereka adalah ahli neraka. Kita tidak boleh mengatakan dakwah (seruan) tidak sampai kepada mereka, kerana dakwah Nabi Ibrahim as dan Nabi-Nabi lain telah sampai kepada mereka-mereka ini (Sharh Muslim, 3/79).

Berkata Syeikh Salman al-Hassan Mashur bahawa perbincangan ini memang ada yang menafikannya, ada yang melenting dengan fenomena ini, kita tidak mahu berbincang mengenai perkara ini kerana ia tidak berdasarkan amalan (realiti), akan tetapi cinta kita kepada Nabi :saw adalah berdasarkan SYARIAT, dan bukan cinta kerana EMOSI” (sila lihat : http://www.almenhaj.net/makal.php?linkid=378 ). WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين