Assalamualaikum semua,
saya ingin bertanya hukum2 berkenaan dengan
1)membaca surah yassin pada mlm jumaat(hari khamis malam)
kerana ada yg mengatakan ianya adalah sunat,ada pula mengatakan tidak cuma lebih elok dilakukan kerana mlm jumaat itu mlm yg dirahmati.
2)berpuasa setiap hari isnin dan khamis -adakah ia sunat di lakukan kecuali pada hari yg diharam berpuasa?
3)kenduri arwah - adakah ianya sunnah dilakukan?kerana ada di antara masyarakat mengatakan sunnah dilakukan selepas arwah meninggal dunia pada hari ke 7,40, 100 (tak ingat hari ke brp),ada yg mempercayai roh arwah akan kembali ke rumah, tu pasal dorang buat doa/tahlil pada hari2 tertentu(pada saya ni tahyul or myb utk pesanan kepada yg hidup supaya berbuat baik)
4)doa selamat biasa- hukumnya...
5)tahlil arwah - hukumnya...
6)sembahyang hajat dengan tujuan jahat - berniat jahat cth seperti sseorang itu sakit/mati atau eksiden
maaf kerana byk soalan, tapi ini antara isu2 atau perkara2 yg timbuk di kalangan masyarakat melayu
terima kasih
ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
1) Tidak sunat mengkhususkan malam Jumaat untuk membaca Yasin, kerana ia tidak dinukilkan secara sahih daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.
Malahan, terdapat larangan mengkhususkan malam Jumaat sahaja untuk ibadah, seperti dalam hadis Abu Hurairah, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
áÇ ÊÎÕæÇ áíáÉ ÇáÌãÚÉ ÈÞíÇã ãä Èíä ÇááíÇáí
Maksudnya: "Jangan kamu khususkan malam Jumaat dengan qiyam (solat malam) antara malam-malam yang lain".
Direkod oleh Muslim (no: 1144).
2) Ya, sunat berpuasa pada Isnin dan Khamis, sebagaimana tersebut dalam banyak hadis.
Kata Imam Nawawi, "Telah bersepakat para ashab kami (Syafieyyah) dan selain mereka bahawa sunat berpuasa hari Isnin dan khamis" (Majmuk 6/386).
3) Membuat kenduri arwah oleh ahli keluarga simati selama seminggu, 40 hari dan seumpamanya, adalah satu bentuk penambahan dalam agama. Apatah lagi dianggap perkara itu sebagai sunnah.
Sepatutnya, jiran-jiran dan orang-orang kampung yang menyediakan makanan untuk keluarga simati, sebagai meringankan bebanan mereka pada ketika kesedihan.
Sebagaimana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyuruh supaya menyediakan makanan kepada keluarga Jaafar ketika beliau wafat. Sabdanya:
ÇÕäÚæÇ áÂá ÌÚÝÑ ØÚÇãÇ
Maksudnya: "Sediakan makanan untuk keluarga Jaafar". Direkod oleh: Abu Daud (no: 3134), Tirmizi (no: 998), Ibn Majah (no: 1610). Kata Tirmzi: hasan sahih.
4) Tidak mengapa berdoa secara beramai-ramai, didoakan oleh seseorang dan diaminkan oleh orang lain. Tetapi dengan tidak menjadikan ia sebagai amalan tetap secara berterusan.
5) seperti jawapan no: (2).
6) Persoalan sembahyang hajat ada perselisihan, adakah sabit atau tidak. Boleh rujuk dalam arkib soal-jawab.
Manakala mendoakan berlaku keburukan/mala petaka kepada saudara muslim adalah haram. Dan ia termasuk dalam perbuatan melampau dalam berdoa.
Kecuali mendoakan keburukan kepada seseorang yang zalim. Maka ada nas yang menunjukkan keharusannya.
Al-Qarafiy dalam kitabnya al-Furuq menyebut, "Antara doa yang diharamkan ialah doa keburukan kepada orang yang tidak zalim. Kerana dia telah berusaha untuk memudaratkan orang yang tidak berhak dimudaratkan. Maka ia menjadi haram seperti perbuatan-perbuatan lain yang memudaratkan tanpa hak".
Wallahu A'lam
http://abuumair1.wordpress.com