:salam
1. apakah hukum jika pelajar universiti meniru di dalam peperiksaan dan dalam menyiapkan assigment?
pelajar tersebut terpaksa meniru kerana pensyarah yang mengajar telah bersikap pilih kasih dengan memberi soalan bocor pada pelajar yang lain.
2. jika pelajar tersebut mendapat pekerjaan dari hasil keputusan peperiksaan yang ditirunya, adakah hasil gaji dari pekerjaan tersebut haram dan tidak berkat sedangkan pelajar tersebut meniru kerana terpaksa?
3. benarkah jika belajar ilmu yang bukan berkaitan dengan ilmu Fardhu 'Ain, contohnya seperti ilmu kejuruteraan dan sains, dibenarkan untuk meniru di dalam peperiksaan dan menyiapkan assignment kerana ilmu tersebut adalah ilmu dunia dan tiada kaitan dengan ilmu akhirat?
mohon penerangan dari ustaz...terima kasih.
:wassalam
ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
Untuk menjawab soalan ini, saya nukilkan terjemahan kata-kata Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Utsaimin, seperti berikut:
- Tidak halal bagi seorang pelajar meniru ketika peperiksaan. Kerana perbuatan menipu termasuk dalam dosa-dosa berar, kerana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, "Sesiapa menipu, maka bukan dari kalangan kami".
-Dan kerana hasil kerja menirunya, dia akan berjaya dalam peperiksaan, dan diberikan slip peperiksaan, sedangkan dia tidak berhak memperolehinya.
-Kemudian, dia akan menjawat pekerjaan dalam negaranya, sedangkan jawatan-jawatan itu tidak layak diberikan kecuali kepada orang yang mempunyai sijil. Jika sijil yang diperolehinya adalah hasil daripada perbuatan meniru, maka dibimbangi gaji-gaji yang diperolehi adalah harta haram.
-Kerana, dia mendapat gaji tersebut walhal dia tidak berhak, kerana dia sebenarnya tidak mencapai kelayakan yang sebenar. Atau dengan kata lebih tepat, dia tidak mencapai tahap yang melayakkan dirinya menjawat sesuatu jawatan. Maka penerimaan gajinya adalah termasuk memakan harta tanpa hak.
-saudara-saudara dan anak-anak kita hendaklah berwaspada daripada perbuatan meniru dalam peperiksaan, dalam apa jua subjek.
- Kerana, apabila Kerajaan telah menyusun kurikulum dengan cara ini, dan pelajar memasuki sekolah, kolej atau universiti, dengan asas supaya pelajar dapat iltizam dengan semua subjek dan kurikulum, maka wajib pelajar menepati tuntutan ini, dan tidak melakukan khianat dalam apa jua subjek.
- Manakala sangkaan sesetengah orang bahawa tidak mengapa meniru dalam subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, atau Matematik, sangkaan ini tidak berasas. Kerana semua subjek yang terdapat dalam kurikulum hendaklah dikuasai oleh pelajar. Dia juga diberikan sijil dengan kepercayaan dia menguasai semua subjek. Jika dia meniru dalam sesetengah subjek, maka ia dikira khianat terhadap amanahnya, dan pada hakikatnya dia tidak berjaya.
Wallahu A'lam
Rujukan: http://www.3llamteen.com/index.php?Itemid=46&id=786&option=com_content&task=view
http://abuumair1.wordpress.com