SJ-13-0526 : Baju custom haiwan untuk bayi

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0526 : Baju custom haiwan untuk bayi

:salam

Mohon pencerahan..

Zaman sekarang ini, ibu bapa muda ada yang pakaikan anak kecil mereka pakaian custom berupa haiwan..kalau custom harimau, ada bahagian telinga dan ekornya. Makin banyak sekarang ni pakaian custom haiwan-haiwan begitu.

Apakah ia dibenarkan? Bolehkah larangan jangan menyerupai suatu kaum itu boleh dijadikan hujah larangannya? Atau larangan menggambar?

Jazakallohu khoiron.

SJ-13-0526 : Baju custom haiwan untuk bayi

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Memakai atau memakaikan pakaian demikian adalah satu bentuk penyerupaan dengan haiwan. Maka, seorang manusia apatah lagi seorang Muslim, mesti merasa mulia dengan kejadiannya sebagai manusia, dan tidak wajar menghinakan diri dengan menyerupai haiwan.

- Terdapat nas menunjukkan bahawa penyerupaan manusia dengan haiwan adalah suatu yang dikeji. Firman Allah Taala:

æáÞÏ ÐÑÃäÇ áÌåäã ßËíÑÇð ãä ÇáÌä æÇáÅäÓ áåã ÞáæÈ áÇ íÝÞåæä ÈåÇ æáåã ÃÚíä áÇ íÈÕÑæä ÈåÇ æáåã ÂÐÇä áÇ íÓãÚæä ÈåÇ ÃæáÆß ßÇáÃäÚÇã Èá åã ÃÖá ÃæáÆß åã ÇáÛÇÝáæä

Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al-A'raf: 179).

- Ada beberapa tempat dalam Quran, Allah Taala menyamakan manusia dengan keldai dan anjing dalam menunjukkan kekejian sifat mereka. Manusia yang sengaja mahu menyamakan dirinya dengan haiwan dikira lebih keji kerana seolah-olah suka dan redha dengan penyerupaan itu.

- Dari sudut logik, syarak melarang menyerupai orang kafir, dan melarang wanita menyerupai lelaki, dan lelaki meyerupai wanita. Maka lebih aula seorang Muslim dilarang menyerupai binatang.

Wallahu A'lam.