SJ-13-0530 : Pembangunan diatas tanah lapang/terbiar

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0530 : Pembangunan diatas tanah lapang/terbiar

Assalamualaikum ustaz,

Apa hukumnya kalau kita buat:
1. tiang gol
2. tapak bermain/court
3. pagar
4. pondok berehat

di kawasan lapang (bukan kepunyaan kita) di kawasan perumahan untuk anak-anak kita dan sesiapa sahaja boleh gunakan. Kos kita tanggung.

Terima kasih.

SJ-13-0530 : Pembangunan diatas tanah lapang/terbiar

:salam

ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ

Secara ringkasnya , apa sahaja pembangunan atau projek yang dilakukan dikawasan tanah lapang atau terbiar yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat , hukumnya adalah diibolehkan.

Ini berdasarkan kepada maksud umum sebuah hadis Rasulullah saw dari Jabir r.a :

Úóäú ÌóÇÈöÑö Èúäö ÚóÈúÏö Çááåö ¡ ÞóÇáó : ÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááåö Õáì Çááå Úáíå æÓáã:
ãóäú ÃóÍúíóÇ ÃóÑúÖðÇ ãóíúÊóÉð Ýóáóåõ ãöäúåóÇ ¡ íóÚúäöí ÃóÌúÑðÇ ¡ æóãóÇ ÃóßóáóÊö ÇáúÚóæóÇÝöí ãöäúåóÇ Ýóåõæó áóåõ ÕóÏóÞóÉñ.

"Barang siapa yang menyuburkan tanah terbiar, maka baginya pahala dan apa-apa yang dimakan binatang kecil merupakan sadaqah."

(HR An-Nasa'ie dan Ibn Hibban, dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah (2/111) )

Asy-Syaikh Dr Abd Salam Daud al-'Abbadi dalam kitabnya “Al-Milkiah fi asy-Syari'ati al-Islamiah , Dirasah Muqaranah bil Qawanin wan Nuzm al-Wadh'iyyah” menyebut bahawa di antara bentuk penyuburan yang boleh dilaksanakan diatas kawasan tanah lapang / terbiar ialah dengan menjalankan projek-projek yang boleh mendatangkan manfaat kepada masyarakat.

Maka , sekiranya apa yang ingin dilakukan oleh saudara itu boleh mendatangkan manfaat kepada penduduk dan ianya dilakukan diatas tanah yang terbiar dan tidak mempunyai tuan , maka ianya adalah dibolehkan.

Tetapi , sekiranya tanah tersebut bukanlah tanah terbiar dan ia mempunyai tuan , maka ia kembali kepada hukum asal dalam bab hak dan pemilikan iaitu haram dan tidak boleh dimanfaatkan kecuali setelah mendapat keizinan dari tuan punya tanah tersebut.

WA

Ruj :

Al-Milkiah fi asy-Syari'ati al-Islamiah , Dirasah Muqaranah bil Qawanin wan Nuzm al-Wadh'iyyah , Asy-Syaikh Dr Abd Salam Daud al-'Abbadi

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com