SJ-13-0545 : Kenapa Rasulullah kahwini Aisyah Ketika Muda

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0545 : Kenapa Rasulullah kahwini Aisyah Ketika Muda

Assalamualaikum..

Sebelum saya tanyakan soalan ini saya ingin memohon ampun dan maaf terlebih dahulu takut2 kalau soalan ini mengganggu kita umat Islam semua.. Saya terlalu daif untuk menjawab soalan ini maka saya ambil keputusan untuk bertanya di dalam forum ini..
Soalan saya.. mengapa Rasulullah SAW mengahwini Saidatina Aisyah ketika beliau masih kecil? Saya faham, baginda tidak menggauli Aisyah sehingga saidatina baligh, namun bagaimana pula jawapan kita untuk menepis tanggapan yang tidak baik golongan bukan islam terhadap Rasulullah yang berkahwin dengan kanak2.. Mereka menyatakan itu bukanlah suatu contoh yang baik..
Bagi saya tiada keraguan atas segala tindakan Rasullullah, sebagai muslim saya terima segalanya dengan terbuka namun saya tidak mampu menjawab soalan rakan2 non-muslim tentang rasionalnya tindakan Rasullullah SAW ini..
Wassalam..

SJ-13-0545 : Kenapa Rasulullah kahwini Aisyah Ketika Muda

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1- Sabit dalam hadis-hadis sahih bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam berkahwin dengan Aisyah r.a. ketika beliau berumur 6 tahun dan mereka mula bersama ketika Aisyah berumur 9 tahun.

2- Fakta ini diterima dengan kesepakatan seluruh umat Islam. Kata Ibn Katsir, "Hadis 'baginda berkahwin dengan Aisyah ketika berumur 6 tahun, dan bersama dengannya ketika berumur 9 tahun' tidak ada khilaf antara manusia. Ia sabit dalam kitab-kitab hadis sahih dan lain-lain". (Al-Bidayah wa an-Nihayah 3/161).

3- Tidak ada keganjilan dalam kes ini, kerana wanita yang hidup di negara-negara beriklim panas lebih cepat baligh, lebih cepat matang dan bersedia untuk menjadi isteri lebih awal.

Aisyah r.a. sendiri mengakui dengan kata-katanya, "Apabila kanak-kanak wanita mencapai umur 9 tahun, maka dia sudah bergelar wanita". (Sunan Tirmizi 3/417).

Kata Imam Syafie, "Aku melihat banyak sekali di Yaman kanak-kanak perempuan baligh ketika usia 9 tahun". (Siyar A'lam Nubala 10/91).

Kata Imam Syafie lagi, "Aku menjumpai di San'aa (Yaman) seorang nenek berusia 21 tahun". Dia mula haidh (baligh) ketika usia 9 tahun, dan melahirkan anak ketika usia 10 tahun. Anaknya pula haidh ketika usia 9 tahun dan beranak ketika usia 10 tahun". (Sunan Kubro Baihaqi 1/319).

Jadi, kebiasaan wanita-wanita Arab baligh dan bersedia menjadi isteri ketika usia 9 tahun.

4. Antara yang menunjukkan kebiasaan Arab pada zaman tersebut wanita berkahwin dalam usia yang begitu muda, ialah tidak dinukilkan oleh sejarawan bahawa musuh-musuh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam mentohmah baginda dengan kes perkahwinannya dengan Aisyah.

Jika sekiranya ia suatu yang mengaibkan, nescaya pasti dinukilkan tohmahan-tohmahan daripada musuh-musuh sekelilingnya dari kalangan musyrikin dan munafiqin.

5. Perkahwinan baginda dengan Aisyah juga adalah pilihan Allah Taala untuk baginda. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bermimpi tentangnya, dan dimaklumi mimpi baginda adalah wahyu.

Di dalam Sahih Bukhari:

ÃÑíÊß Ýí ÇáãäÇã ãÑÊíä Ãì Ãäß Ýí ÓÑÞÉ ãä ÍÑíÑ æíÞÇá åÐÇ ÇãÑÃÊß ÝÇßÔÝ ÚäåÇ ÝÅÐÇ åí ÃäÊ ÝÃÞæá Åä íßä åÐÇ ãä ÚäÏ Çááå íãÖå

Maksudnya: Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam berkata kepada Aisyah, "Aku melihat engkau di dalam mimpi sebanyak dua kali. Iaitu engkau berada di dalam kelubung daripada sutera. Dan dikatakan kepadaku: Inilah isteri kamu, maka singkapkanlah dia. Tiba-tiba perempuan itu ialah engkau. Lalu aku berkata: Jika ia adalah daripada Allah, maka Dia akan meneruskannya". (Bukhari no: 3682).

6. Antara hikmah perkahwinan baginda dengan Aisyah ialah dari sudut sebaran ilmu hadis. Dimaklumi Aisyah adalah seorang wanita yang cerdik dan bijak. Kebersamaannya dengan baginda sejak usia 9 tahun telah memberi ruang yang luas kepadanya untuk tahammul (menghafal) hadis-hadis Nabi. Dan terbukti beliau termasuk sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis.

7. Tohmahan musuh-musuh Islam, bahawa baginda berkahwin dengan Aisyah yang muda semata-mata kerana nafsu adalah tertolak. Lihatlah kesemua isteri-isteri Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam selain Aisyah. Kesemua mereka adalah janda, kecuali Aisyah. Malahan ada yang menjadi isteri baginda ketika sudah berusia seperti Saudah.

Sebenarnya, musuh-musuh Islam sudah ketandusan idea untuk menolak kehebatan dan kebenaran agama Islam ini. Sehingga akhirnya mereka terpaksa membuat tohmahan berbentuk keduniaan pula.

Wallahu A'lam.